Selebriti media sosial yang terkenal dengan video ulasan makanan, Beby Tora mendedahkan dirinya sering dihina oleh individu sama yang tidak berpuas hati dengan dirinya di laman Instagram dan YouTube.

Menerusi akaun Instagram milik Beby Tora, wanita ini memaparkan beberapa komen berbaur negatif yang ditinggalkan oleh individu serupa.

mmg aku dok prasan budak ni dari ke ig sampai ke youtube dok kutuk aku ?banyak pahala aku dik oii.tringin juga nak jumpa spesies mcmni dpan2.aku mlas nak main court ja psai aku pun ada family nak kena jaga ?mlas cara orang laguni aih .sriesly orang laguni ada pnyakit hati.sapa tau dia sapa,meh dm aku saitt .

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on


"Memang aku dok perasan budak ni dari ke Instagram sampai ke YouTube dok kutuk aku. Banyak pahala aku dik oi. Teringin juga nak jumpa spesies macam ni depan-depan.

"Aku malas nak main court ja pasal aku pun ada family nak kena jaga. Malas cara orang lagu ni aih. Seriously orang lagu ni ada penyakit hati. Siapa tau dia sapa, meh DM aku sat," tulis Beby Tora di ruangan kapsyen.

semalam kecoh pasal video mkan aku ni dkat youtube ?rileks la 4 bungkus ramen ni bukan aku mkan smpai habis pun ?ayam pun sbagai hiasan ja aku tak mkan habis pun .tapi dngn adanya cheesebom @mamagfood ni mmg aku takleh stop mkan ayam cicah cheesebom ..paling syok sbb cheesebom kalini versi cheese lebih noh .trasa cheese ,pedas smua sekata bebbb !! ❤️ my favourite ever cheesebom from @mamagfood ?cpat contact agent brdekatan ?

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on


Di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Beby Tora mengutuk tindakan individu itu.

Dalam pada itu, warganet juga memohon agar Beby Tora tidak mempedulikan kata-kata individu yang tidak menyukai dirinya.

asslamualaikum wahai suamiku ?smoga cinta kita sehingga akhir hayat ? @apit_johari .. gambar by @cloudmediastudio_ pelamin @exclusivebysyamsyais_wedding

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on


Beby Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie yang mempunyai lebih setengah juta pengikut di laman Instagram baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Apit Johari pada 1 Mac lalu.