,
Filem

Siapa Kata Perempuan Tak Cekap Memandu? Ini 5 Filem Dengan Karakter ‘Lady Driver’ Yang Harus Ditonton… No. 5 Tu Memang Sempoi!

Firdaus
15/06/2024
09:55 MYT
Sebut sahaja tentang pemanduan, pasti ramai yang skeptikal dengan kemahiran memandu wanita.
Akan tetapi, terdapat beberapa filem yang seronok untuk ditonton yang memaparkan kemahiran luar biasa wanita dalam pemanduan.
Berikut antara filem-filemnya:

Taxi (2004)

Menceritakan tentang seorang anggota polis, Andy Washburn (Jimmy Fallon), yang berhasrat untuk menyelesaikan rompakan bank untuk membuktikan kebolehannya kepada jabatannya. Andy mendapat bantuan daripada Belle (Queen Latifah), iaitu seorang pemandu teksi yang mempunyai kemahiran tinggi.

Herbie: Fully Loaded (2005)

Maggie (Lindsay Lohan), bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pelumba kereta. Akan tetapi, impiannya itu disekat oleh bapanya, Ray (Michael Keaton) kerana bimbang tentang kesalamatannya. Bagaimanapun, kehidupan Maggie berubah apabila kereta yang baru sahaja dibeli oleh bapanya mempunyai mindanya yang tersendiri.

Furiosa: A Mad Max Saga (2024)

Dirampas dari sebuah tempat yang dikenali sebagai Green Place of Many Mothers, Furiosa (Anna Taylor-Joy) jatuh ke tangan kumpulan motosikal yang hebat dan diketuai oleh panglima perang, Dementus (Chris Hemsworth).

Italian Job (2003)

John Bridger (Donald Sutherland) dan kumpulannya dikhianati oleh Steve (Edward Norton) semasa satu rompakan. Disebabkan itu, Charlie (Mark Wahlberg) meyakinkan anak perempuan kepada John, Stella (Charlize Theron) untuk menyertai kumpulan tersebut bagi menuntut bela atas kematian bapanya.

BERITA TRENDING:Ini Lima Kes Penipuan Popular, Yang Last Tu Paling Tak Sangka

The Experts (2024)

The Experts ialah sebuah filem jenayah aksi Malaysia 2024 yang diarahkan oleh Andre Chiew dan Nazim Shah dengan cerita oleh Joel Soh yang turut menerbitkan filem itu dan Kyle Goonting, ketua produksi dan pembangunan di Astro Shaw.

​BERITA TRENDING:Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

Dihasilkan dan diedarkan bersama oleh Astro Shaw dan TGV Pictures, filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dapdap sebagai ahli keluarga.

​BERITA TRENDING:Transformasi Gaya Rambut Syafiq Kyle Mengikut Filem & Drama, Mana Satu Paling Onz?

The Experts mengisahkan tentang lima adik beradik iaitu Farid (Datuk Aaron Aziz), Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dap Dap) yang terpaksa melakukan jenayah untuk mencuri cincin milik keluarga Lima Gading.

BERITA TRENDING:Penggemar Filem, Ini Top 5 Filem Bergenre Rompakan Yang Best, #5 Korang Wajib Tengok!

Cincin tersebut sepatutnya menjadi milik Bashir (Tony Eusoff), adakah misi rompakan mereka berjaya? Sama-sama saksikan dalam The Experts.
Berjaya atau tidak rompakan itu? Kenalah tonton filem The Experts!

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni