Penyanyi rock negara, Amy Search akui mencari individu yang dipercayai sedang melakukan sindiket pelaburan wang haram.

Amy Search meminta sesiapa yang tertipu dan menjadi mangsa dengan sindiket tersebut untuk menghubunginya.

“Jangan percaya dengan skim ini.

“Minta tolong sesiapa yang kenal minah pengkid ini..DM (mesej peribadi) saya.

“Dia dan the gang buat skim penipuan investment RM1,000 dapat RM1 juta. Kepala otak dia,” tulisnya.

Vokalis kumpulan Search itu berkongsi perkara tersebut di IG Story miliknya hari ini.

Sementara itu, Amy turut memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

“Mohon pihak berkuasa siasat. Jangan jadikan orang Melayu kita mangsa sindiket kumpulan wang haram berleluasa,” katanya lagi.

Amy turut memuat naik foto wanita yang digelar ‘minah pengkid’ tersebut di dalam entrinya beserta dengan lampiran maklumat mengenai penipuan tersebut.