Susulan isu tangkap khalwat adiknya bersama Aliff Aziz, pelakon Risteena tampil mempertahankan Ruhainies.

Risteena menerusi hantaran terbaharu di ruangan Insta Story miliknya menjelaskan dakwaan yang mengatakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tiba di kediaman adiknya pada jam 3 pagi adalah sama sekali tidak benar.

“Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah, bukan jam 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf.

“Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka,” jelasnya.


Dalam pada itu, Risteena juga memaklumkan tujuan dia membuat posting tersebut adalah untuk memperbetulkan fakta yang tidak benar.

“Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” maklumnya.

BERITA TRENDING: Isu Ruhainies & Aliff Aziz, Akhirnya Risteena Buka Mulut


Sementara itu, menerusi satu hantaran lain, Risteena juga memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama Ruhainies pada hari kejadian sebagai bukti.

“Ya saya sepatutnya berada di sana sama sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.

“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi JAWI datang ke rumah adalah tidak benar,” jelasnya.


Terdahulu, Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.


BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”


Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.

Jelas Ruhainies, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya.

Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”


Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.

pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.