Kecoh di platform media sosial apabila ada seorang wanita mendakwa dia telah memasuki satu ‘group chatting’ menyeramkan di Instagram.

Menerusi video berdurasi sekitar 15 saat yang dikongsi wanita itu, ‘group’ tersebut dipercayai dikendalikan oleh seorang lelaki.

Apa yang lebih mengerikan, lelaki berkenaan turut mengugut melakukan ritual sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video bersamanya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut menghantar koleksi gambar gadis-gadis yang berkemungkinan menjadi ‘mangsa’ sihirnya sebelum ini.

“Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakannya Instafamous.

“Saya buka ‘voice note’, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir.

“Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah,” katanya wanita itu.

Sehingga kini video yang dimuat naik di TikTok itu telah ditonton sebanyak 134,000 kali.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terkejut dengan pendedahan berkenaan.

Rata-rata mereka menganggap perbuatan terkutuk itu sangat menyeramkan.

Pun begitu, ramai juga meminta supaya wanita tersebut membuat laporan polis supaya pelaku dapat ditangkap.

“Tengok patung sihir dia je dah seram”.

“Saya rasa kamu patut buat laporan polis, nanti benda ni meleret”.

“Bahayanya kalau upload gambar sendiri kat media sosial, benda ni tak mustahil,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

@babe.qhaa

semoga dalam lindungan allah ??? #sihir

♬ bunyi asal - ????? ???? ⚜️