,
Laman Utama

“Siapa Yang Perlu Bantuan DM Ya…Kak Lina Bantu Sikit-Sikit, Supaya Semua Boleh Merasa”– Elly Mazlein

Fiza Kamarudin
14/06/2021
05:45 MYT
Selebriti versatil, Elly Mazlein memohon orang ramai yang mempunyai kesulitan atau memerlukan bantuan supaya menghubunginya.
Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina berkata, mereka yang memerlukan boleh meninggalkan nombor telefon di Direct Message (DM) Instagram (IG)nya.
Bagaimanapun hanya satu permintaan daripadanya, iaitu kejujuran.
“Alhamdulillah dapat rezeki lebih sikit…Yang betul-betul memerlukan bantuan Kak Lina nak share rezeki ini bersama-sama.
“Kak Lina ingin membantu sedikit sebanyak dan cuba beri apa yang termampu. Jadi Kak Lina mengharapkan kejujuran di sini, mohon sangat jujur.
“Yang betul-betul memerlukan bantuan Kak Lina harap korang boleh DM nombor telefon ataupun mungkin korang tahu ada yang memerlukan, boleh bagi nombor telefon dia juga supaya senang Kak Lina dan team hubungi,” katanya.
Setakat ini hantaran video yang dimuat naik Elly telah mendapat hampir 400 ribu tontonan dengan 870 komen.
Hantaran tersebut juga telah menarik perhatian beberapa rakan selebriti yang turut sama menyokong usaha dilakukan Elly.
Selain itu, pengikut Elly juga mengucapkan terima kasih kerana penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu sudi berkongsi rezeki dengan orang ramai.
Rata-rata mereka mendoakan agar urusan Elly dipermudahkan dan diberikan rezeki berlipat ganda daripada Allah SWT.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”

gempak
14/11/2024
02:27 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Era, Elly Mazlein tidak dapat dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika melihat wajah arwah adik Alisa Umairah buat kali terakhir.
Berita

Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia

gempak
13/11/2024
00:25 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina memberitahu kesihatan Alisa semakin lemah.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Enam Peserta Layak Ke Final, Atie Tersingkir Di Separuh Akhir! Semak Markah Penuh Di Sini

gempak
26/10/2024
21:55 MYT
Separuh akhir Kilauan Emas 2024 telah menyaksikan enam peserta layak untuk berentap merebut gelaran juara di pentas akhir Kilauan Emas 2024 pada minggu hadapan.
Hiburan

“Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh

gempak
26/10/2024
12:50 MYT
Penyampai radio, Elly Mazein berkongsi videonya sempat menziarahi adik Alisa Umairah sebelum kanak-kanak itu melakukan pembedahan terakhirnya di sebuah hospital kerajaan.
Unitar