Pasangan sensasi Taylor Lautner dan Billie Lourd dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah selepas lapan bulan bercinta.

E! Online melaporkan mereka kini bukan lagi sebagai pasangan kekasih yang komited terhadap hubungan tetapi masih menyayangi antara satu sama lain.

"Pasangan selebriti ini mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat.

"Mereka sudah berpisah selepas lapan bulan bercinta dan tidak mempunyai sebab tertentu mengenai perpisahan tersebut.

"Hubungan mereka secara tiba-tiba menjadi renggang akibat jadual yang padat membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan secara terbuka serta membenarkan masing-masing bertemu dengan orang lain.

"Mereka juga mengakui ingin memberi fokus kepada kerjaya masing-masing dan enggan mengulas lebih mengenai keputusan yang diambil ini," kata sumber.

Tambah sumber, pasangan ini juga telah memadam gambar bersama di akaun sosial media masing-masing.

Sumber: E! Online