,
Laman Utama

Sihir, Fiza Thomas Muntah Lepas Makan Rebung - “Saya Tak Suka Rasa Dia”

Mya Amri
11/11/2021
06:15 MYT
Pelakon Fiza Thomas berkongsi pengalaman sewaktu penggambaran drama terbaharu berjudul Sihir.
Menurut Fiza, momen yang tidak dapat dilupakan adalah ketika melakonkan babak yang memintanya untuk makan rebung.
“Ada babak yang paling saya tak boleh lupa adalah makan rebung. Sebab saya tak suka rasa rebung.
“Tetapi untuk babak itu saya kena lakonkan dan makan dengan penuh berselera. Namun sebaik sahaja pengarah menyebut ‘cut’, saya muntah,” kongsinya kepada Gempak.
Bercerita mengenai Sihir, pelakon berbakat ini melakonkan watak Salina iaitu seorang penyanyi kelab malam.
“Saya terima tawaran untuk Sihir ini kerana jalan ceritanya yang menarik dan watak saya pula adalah penyanyi kelab malam yang menggunakan sihir buluh perindu dalam episod Minyak Buluh Perindu yang baru sahaja ditayangkan.
“Bagi saya secara peribadi drama ini bukan untuk menakut-nakutkan penonton tetapi lebih kepada untuk menyampaikan mesej. “Mesej utama yang ingin disampaikan ialah penggunaan amalan syirik yang haram dilakukan tidak kira walau bagaimana terdesak sekalipun.
“Sebagai contoh, pengajaran untuk Salina adalah supaya tidak menggunakan jalan pintas untuk berjaya. “Percaya dengan bakat yang dikurniakan oleh Allah, usaha perbaiki diri bukan mengubah ciptaan Allah dengan menggunakan sihir.” jelasnya.
Dalam perkembangan terkini, Fiza kini menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Hari Mencari Cinta untuk siaran bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza dan juga Hannah Delisha.
Fiza juga terlibat dengan penggambaran drama bersiri Ampas bersama produksi Kus Semangat Actor.
Projek ini merupakan antara yang mengujakan Fiza kerana dia melakonkan watak wanita tahun 50an dengan latar belakang di zaman filem Melayu Jalan Ampas.
Saksikan Sihir setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih feksibel, Sihir juga boleh distrim di aplikasi Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."

gempak
18/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Zoey Rahman mengakui dirinya menjadi mangsa sihir atau buatan orang.
Hiburan

Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

gempak
12/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Harris Anuar memaklumkan ibunya yang juga usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Unitar