Laman Utama

Sila Ke Tepi, Lelaki Terseksi Dunia, Chris Evans Punya Kekasih Usia 25 Tahun

Maliah Surip
12/11/2022
16:55 MYT
Aktor Chris Evans baru dinobatkan sebagai lelaki terseksi di dunia versi majalah People.
Pada saat ramai wanita yang mengidolakan dan mungkin berangan untuk menjadi kekasihnya, nampaknya impian tersebut terpaksa dibuang jauh.
Hal ini kerana media antarabangsa melaporkan dalam diam diam, bintang Marvel itu sebenarnya sudah menjalin hubungan cinta yang agak serius.
Percintaan itu telah pun terjalin selama setahun. Dan wanita yang menjadi kekasih kepada lelaki terseksi di dunia itu adalah Alba Baptisa, seorang aktres muda berusia 25 tahun.
Menurut laporan Page Six, percintaan aktor berusia 41 tahun tersebut dengan Baptisa menjadi buruan selepas mereka ‘ditangkap’ paparazi berpegangan tangan sewaktu keluar di sekitar Central Park, minggu ini.
Pasangan dengan jurang usia 16 tahun itu bagaimanapun tidak mengelak dari aksi mesra berpegangan tangan mereka dirakamkan. Evans dan Baptisa malah dilihat berjalan santai dengan memakai pelitup muka dan cermin mata hitam yang sepadan.
Satu sumber mendakwa pasangan tersebut sangat bahagia menyulam cinta, sementelah keluarga juga merestui hubungan mereka.
Jika Evans sangat terkenal dengan peranannya sebagai Captain America, Bapista sendiri mempunyai karier yang cemerlang sebagai bintang Portugal.
Bapista yang boleh bercakap dalam 5 bahasa juga amat terkenal melakukan kerja kebajikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.