Hollywood
Simu Liu Dipilih Sebagai Superhero Pertama Asia Untuk Filem Marvel
Filem Marvel yang dinanti, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings akhirnya mengumumkan hero Asia pertamanya, Simu Liu. Sang-Chi yang bermaksud 'Master of Kung-Fu' turut dilakonkan oleh pelakon dan rapper Awkwafina serta Tony Leung.
Simu Liu yang berasal daripada China, tetapi kemudiannya berpindah ke Kanada bersama keluarganya ketika berusia 5 tahun.
Menurut laporan Hello Canada, pemilihan ini merupakan pembuka jalan buat aktor yang berusia 30 tahun ini.
"Saya rasa seperti eksperimen sosial. Kita pilih lelaki biasa daripada Toronto, kemudian beritahu beliau bahawa dia akan berlakon dalam filem Marvel dan bagi masa empat hari untuk dia bersedia. Ini adalah impian yang gila" seloroh Simu ketika pengumuman dibuat di Comic-Con.
Simu turut memberikan penghormatan kepada kedua ibu bapanya ketika sidang media.
"Mereka berpindah ke Kanada tanpa apa-apa kecuali harapan dan impian untuk membina keluarga dan kehidupan untuk anak-anak.
"Apa yang saya ingin lakukan adalah membuatkan mereka bangga. Dan apa yang saya ingin beritahu mereka saya gembira saya bukan seorang doktor. Jadi terimalah, ayah dan ibu," tambahnya lagi.
Berita tentang pemilihan tersebut mendapat pujian daripada ramai di Hollywood termasuklah daripada presiden Marvel Studios, Kevin Feige.
"Dia bakal menjadi nama yang disebut-sebut tidak lama lagi," kata Kevin kepada CNN selepas pengumuman dibuat.
"Filem-filem Marvel ditayangkan di seluruh dunia dan kami mahu filem-filem tersebut juga melambangkan dunia tersebut.
"Bila anda ada seseorang di hadapan kamera yang membayangkan kepelbagaian, ianya bagus untuk penonton," kata Kevin lagi.
Kredit Gambar: Instagram @simuliu
Must-Watch Video