HIBURAN
SINAR Perkenal Penyampai Baharu untuk Segmen Terbaharu, RSVP SINAR
SINAR dengan bangganya memperkenalkan penyampai baharu yang bakal menceriakan segmen terbaharu RSVP SINAR, yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 1 tengah hari hingga 4 petang.
Menariknya, pencarian bakat ini bermula apabila pihak SINAR menerima permohonan daripada Sarah Kamilla untuk jawatan sebagai penerbit.
Namun, setelah meneliti latar belakangnya sebagai bekas penyampai radio serta melihat potensi besar yang dimilikinya, pihak SINAR menjemput beliau ke sesi temu duga bagi posisi penyampai dan ternyata ia satu keputusan yang sangat tepat!
Sarah, yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, mempunyai persona tersendiri. Meskipun SINAR telah menampilkan dua figura wanita hebat Dina dan Sharifah Shahirah, kehadiran Sarah membawa dimensi baharu dengan auranya yang feminin serta kebolehannya membaca perwatakan pendengar dan tetamu secara mendalam.
Menurut Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi, “Kehadiran Sarah menambah warna dalam barisan personaliti SINAR. Kami percaya setiap penyampai membawa kekuatan tersendiri, dan Sarah tampil dengan keunikan tenang, feminin dan bijak dalam mengendalikan emosi serta komunikasi. Ini sangat selari dengan hala tuju baharu segmen RSVP SINAR yang lebih interaktif dan dekat di hati pendengar.”
Segmen RSVP SINAR menawarkan gabungan hiburan, interaksi dan informasi dalam suasana santai selama tiga jam. Ia terdiri daripada tiga komponen utama:
YA ATAU TIDAK – Pendengar diajak berkongsi pandangan tentang pelbagai topik menarik dan kadangkala kontroversial.
PIRING HITAM SINAR – Susunan lagu-lagu pilihan tanpa henti, sesuai untuk menemani waktu kerja atau bersantai.
SINAR FOODIE – Sarah berkongsi tip masakan, resipi mudah, idea “Nak masak apa hari ni?”, fakta menarik tentang makanan serta lokasi makan yang wajib dicuba.
Dengan suara yang menenangkan, gaya penyampaian semula jadi serta kandungan yang dekat di hati rakyat Malaysia, SINAR yakin Sarah bakal menjadi pilihan baharu dalam kalangan pendengar setia.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama Sarah dalam RSVP SINAR setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang.
Untuk berita, aktiviti dan program terkini, ikuti laman sosial rasmi SINAR.
Must-Watch Video