Laman Utama

Sipi-Sipi Lagi Neelofa 'Belanja', Warganet Masih Sedih Tak Dapat Tengok Wajah Penuh Bilal

gempak
Amri Hassan
15/09/2022
06:20 MYT
Sponsor Banner
Sipi-Sipi Lagi Neelofa 'Belanja', Warganet Masih Sedih Tak Dapat Tengok Wajah Penuh Bilal
"Bilal ummi sayang," demikian ringkas sahaja kapsyen yang ditulis personaliti dan pengacara popular Neelofa dalam hantaran terbaharu di Instagramnya.
Gambar Neelofa yang sedang mendukung Bilal itu tidak tunggu lama untuk mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Bukan saja kerana kecomelan Bilal tapi juga cara Neelofa 'belanja' foto anak sulungnya itu biar hanya dari pandangan sisi sahaja.
Pastinya ramai yang menantikan Neelofa dan suami, Haris Ismail mendedahkan wajah penuh permata hati mereka!
"Geram tengok peha & lengan Bilal," tulis Catriona Ross.
"Masya-Allah, Masya-Allah," sahut Elfira Loy pula.
"Nak gigit please," sambung Uyaina Arshad yang juga baru menimang cahaya mata baru-baru ini.
Malah, ramai juga yang meluahkan rasa terkilan masih belum dapat menatap wajah penuh Bilal biarpun kini sudah berusia lapan bulan.
Sebelum ini, Neelofa menjelaskan dia masih belum mahu mendedahkan wajah Bilal kerana mendakwa belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live