Laman Utama

“Siti Aafiyah & Muhammad Afwa, Artis No.1 Pun Letak Simple Je” - Pilih Nama Anak Daripada Doa, Netizen Puji Siti Nurhaliza!

gempak
Hanafis Haris
27/04/2021
04:26 MYT
Sponsor Banner
“Siti Aafiyah & Muhammad Afwa, Artis No.1 Pun Letak Simple Je” - Pilih Nama Anak Daripada Doa, Netizen Puji Siti Nurhaliza!

Semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan nama anak keduanya iaitu Muhammad Afwa.

Siti yang berkongsi perkara tersebut di Instagram itu menjelaskan Afwa membawa makna keampunan atau kemaafan.

BACA : Kongsi Wajah Rasmi, Siti Nurhaliza Namakan Anak Kedua Muhammad Afwa - "Afwa Melengkapkan Afiyah Dalam Doa..."

Susulan daripada pengumuman itu, nama Muhammad Afwa dilihat telah ‘membanjiri’ beberapa platform media sosial terutamanya di Twitter.

Malah, nama Siti Nurhaliza sendiri trending di platform berkenaan.

Rata-rata memuji keputusan Siti dan suami untuk menggunakan nama yang disebut dalam doa untuk kedua-dua anaknya.

“Muhammad Afwa, Siti Aafiyah. Suka dengan nama yang dipilih oleh Siti Nurhaliza, kedua-dua nama sedap dan mempunyai maksud yang sangat mendalam, Afwa dan Aafiyah itu adalah Doa”

“Comel and bermakna bagus nama anak tokti”

“I suka nama-nama islamik tapi nampak sedap. Masya-Allah. Pandai tau Siti Nurhaliza pilih nama,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Sekadar info, Siti telah selamat melahirkan bayi keduanya pada 19 April lalu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibukota.

Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun menerusi proses IVF.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live