gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cakra Khan Suka Borong Mi Segera Perisa Kari Setiap Kali Ke KL, Love Mi Goreng Mamak Juga - “Berkotak-Kotak Bawa Pulang…”
HIBURAN
Bangga Dengan Pencapaian Diri, Neelofa Berjaya Kuasai Bahasa Arab - “Macam Mimpi Jadi Kenyataan…”
HIBURAN
Wajah Semakin Kurus, Enot Buat Ramai Terkejut – “Hampir Tak Cam Lepas Berubah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Siti Hariesa Kini Bahagia, Ulas Tentang Perkahwinan - “Jika Ada Rezeki…”

Mya Amri
Mya Amri
16/04/2025
23:50 MYT
Sponsor Banner
Siti Hariesa Kini Bahagia, Ulas Tentang Perkahwinan - “Jika Ada Rezeki…”
Pelakon, Siti Hariesa, menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Nak kahwin

Bagaimanapun kata Hariesa, dia akan berkongsi sekiranya ada berita gembira selepas ini.

“Sejujurnya usia saya sekarang pun sudah berapa dan semestinya saya ingin berkahwin. “Cuma tunggu bila sahajalah kan, tunggu jika ada rezeki, itu sahaja. Bila tiba masanya saya akan beritahu tapi bukan tahun ini,” ujarnya.

Hariesa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQiYi 2025 bertempat di EQ Kuala Lumpur pada Selasa.

Rahsiakan identiti jejaka pilihan

Mengulas mengenai jejaka pilihannya, Hariesa bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identitinya.

“Berkenaan perkahwinan, tengok dulu macam mana sebab pasangan saya pun kena bincang mengenai jadual masing-masing. “Sebagai pelakon saya mahu orang kenal dan lebih fokus kepada bakat saya, jadi lebih baik saya kekal ‘low key’ mengenai kehidupan peribadi.

“Tetapi mengenai perkahwinan sudah tentu saya mahu beritahu dunia yang saya sedang dilamun cinta, insya-Allah,” jelasnya.
Terdahulu, Hariesa mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka.
Kata Hariesa, hubungan mereka masih di peringkat awal dan dalam fasa mengenali satu sama lain.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Perkahwinan
#Bahagia
#Siti Hariesa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement