Laman Utama

Siti Nurhaliza Akur Dikompaun – "Harap Semua Ini Selesai Dengan Baik..."

gempak
Fiza Kamarudin
27/05/2021
23:40 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Akur Dikompaun – "Harap Semua Ini Selesai Dengan Baik..."
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih belum dimaklumkan mengenai kompaun RM10,000 yang dikenakan kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.
Bagaimanapun kata Siti, beliau menghormati dan akur dengan keputusan pihak berkuasa berhubug perkara tersebut.
"Pihak kami hanya mengetahui daripada berita atau pihak media mengenai kompaun yang dikenakan dan belum mendapat pemberitahuan daripada pihak polis.
"Kami menghormati dan akur dengan apa jua yang diputuskan pihak berkuasa dan berharap semua ini selesai dengan baik," katanya kepada Harian Metro.
Semalam media melaporkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.
Selain Siti, tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Sementara itu, Arjunaidi juga memaklumkan artis, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan kompaun.
[[BACA: Siti Nurhaliza & Suami Dikompaun RM10,000]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live