Berita

Siti Nurhaliza Bakal Timang Bayi Lelaki, Nak Letak Nama Awalan Huruf ‘A ‘

gempak
ZULHILMI JALIL
12/12/2020
05:52 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Bakal Timang Bayi Lelaki, Nak Letak Nama Awalan Huruf  ‘A ‘
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki menerusi kehamilan keduanya ini.
Pengumuman jantina bayi itu dibuat secara langsung menerusi sesi live Love With Datuk Seri Siti Nurhaliza di aplikasi Shopee yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.
Dalam sesi live itu juga, suaminya turut memaklumkan bayi berkenaan akan diberikan nama dengan awalan huruf A.
"Semua anak lelaki (saya ) bermula dengan Muhammad. Nanti di awalnya selepas itu huruf 'A' lah," katanya.
Dalam pada itu, Siti memberitahu dirinya kini tidak boleh lagi mengambil makanan yang pedas seperti kebiasaan.
"Saya tak adalah nak mengidam makan makanan yang bukan-bukan atau yang susah nak dapat. Cuma, perbezan paling ketara yang saya rasa sebelum dan semasa hamil ini, saya dah tak boleh makan pedas.
"Walhal sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Bilik tanya nak makan apa..hanya makan sup sahaja," katanya.
Terdahulu, Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan selepas sekali lagi menjalani rawatan IVF untuk kehamilan keduanya.
BACA: Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan
Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata sulung Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Sebagai info Siti Aafiyah merupakan cahaya matanya yang lahir pada 19 Mac 2018 hasil persenyawaan in-vitro (IVF).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024