Tanda tanya peminat dan penonton akhirnya terjawab apabila jenama hiburan digital nombor satu Malaysia, Gempak mengumumkan senarai top 5 sembilan kategori bagi acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022).

Menampilkan barisan artis popular dan pempengaruh ternama, GMWA 2022 mengangkat prestasi dan reputasi mereka sebagai digital content creatorl yang sedang meningkat naik untuk mencipta nama sejajar dengan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan digital.

Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah berkata, sebagai jenama nombor satu hiburan digital di Malaysia, pihak Astro berharap penganjuran GMWA 2022 dapat memberi lebih penghargaan, motivasi dan galakan kepada barisan content creator di luar sana, sama ada yang baru mahupun yang berpengalaman.

“Sempena ulang tahun ke-10 Astro Gempak, kami merasakan inilah waktu yang paling tepat untuk meraikan bakat-bakat dan personaliti yang lahir dari dunia digital menerusi Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2022.

“Astro Gempak melihat generasi content creator hari ini mempunyai kuasa yang sangat besar dalam mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada masyarakat. Justeru, pemilihan calon-calon untuk anugerah ini melalui proses tapisan yang ketat dan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak professional selain pencalonan dari pihak awam,” katanya.

Syazwan menamba: “Sebagai penerbit dan penyiar, kami mahu memastikan barisan calon dan pemenang nanti bukan sekadar menghiburkan dan ‘trending’ di pelbagai platform media sosial, tetapi yang paling utama adalah kandungan yang dihasilkan itu membawa nilai-nilai positif dan memberi manfaat.

“Besar harapan kami agar GMWA 2022 menjadi medan perintis untuk ‘content creator’ terus berdaya saing dalam menghasilkan kandungan berkualiti,” katanya lagi.

Untuk makluman, pencalonan anugerah ini diambil kira untuk kandungan di antara 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022 sahaja. Fasa undian kedua (Top 5) telah pun dilakukan oleh pihak Juri Profesional pada 29 November lalu dan undian bagi pemenang utama bagi setiap kategori akan dibuka pada 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 di laman sesawang rasmi Gempak Most Wanted. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempakmostwantedawards.com.

GMWA 2022 juga akan mempersembahkan anugerah utamanya iaitu ‘Gempak Most Wanted 2022’ berdasarkan jumlah keseluruhan undian peminat daripada kesemua kategori.

Selain itu, acara berprestij GMWA 2022 juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada De Fam, Bunkface, Haqiem Rusli, The Gadys, Sara Sisters dan ramai lagi, meletakkan pentas kemuncak anugerah ini setanding kemegahan malam anugerah Grammy Awards yang pasti akan mengujakan semua penonton.

Malam anugerah GMWA 2022 akan dikemudikan oleh hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted iaitu Amelia Henderson dan Sean Lee serta akan ditemani dua lagi hos popular sebagai kejutan.

Manakala, pembukaan malam anugerah tersebut akan dimulakan dengan acara Karpet Magenta yang akan dihoskan oleh Isha Norsham dan Daniel Cheang di mana akan turut menjadi hos kepada Gempak Most Wanted Award 2022 Live+ menerusi platform digital Astro Gempak.

Gempak Most Wanted Awards 2022 ini juga dikuasakan oleh Astro Fibre. Dengan proposisi ‘Ini Bukan Sembang Kencang, Ini barulah Wifi Kencang!’, Astro Fibre memberikan rangkaian internet yang pantas dengan serendah RM99 sebulan. Untuk melanggani Astro Fibre, layari astrofibre.com.my.

Menampilkan konsep vibrant, trendy & bold, acara berprestij GMWA 2022 bakal menemui para penonton pada 26 Februari 2023 secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak. Yang penting, trending!

Senarai lengkap Top 5 GMWA 2022


Video Trending Tergempak 2022
Abe Bomba
Swipe - Meerqeen
Anak Neelofa Bilal
Adik Curi Frame Awani
Mark Odea & Arieff Yong

Digital Content Creator Tergempak 2022
Khairul Aming
Ryan Bakery
Mek Yun
Syahmi Sazli
Namie SMY

Digital Influencer Tergempak 2022
Nelysa Norazlan
Imran Bard
Azfar Heri
Ceddy Ang
Hafiz Mahamad

Drama Trending Tergempak 2022
One Cent Thief
Melur Untuk Firdaus
Dendam Seorang Isteri
Suamiku Lelaki Pendosa
Kau VS Aku

Video Muzik Tergempak 2022
Gatal - Janna Nick
Casablanca - Naufal Azrin & Nuha Bahrin
Bad - DOLLA
Ku Ikhlaskan - Datuk Seri Vida
Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow

Lagu Trending Tergempak 2022
Casablanca - Naufal & Nuha Bahrin
Bad - DOLLA
Sayunk I Love You - Chombi
Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow
Gatal - Janna Nick

Motivator Digital Tergempak 2022
Fathi Hussein
Zack Kirana Ibrahim
Dr Malar Santhi
Slurpee Crank
Hazeman Huzir

Personaliti Gamer Tergempak 2022
Soloz
Jaa Suzuran
Daddy Hood
Yana Samsudin
Kambing Golek

Selebriti Digital Tergempak 2022
Ain Edruce
Zarul Umbrella
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Sharnaaz Ahmad TV
The Tya’s Family

Fasa Pemilihan Calon-Calon Gempak Most Wanted Awards 2022:

Fasa 1:
Penghantaran nama calon-calon bagi Gempak Most Wanted Awards 2022 yang dilakukan oleh orang awam telah bermula pada 12 Oktober hingga 12 November 2022.

Fasa 2:
Kelayakan penyertaan mestilah kandungan-kandungan yang dimuat naik ke platform digital antara 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022. Kandungan atau individu yang dicalonkan mestilah dalam kalangan warganegara atau menetap di Malaysia.

Fasa 3:
Menerusi pencalonan yang diterima, tapisan pencalonan top 5 pula dilakukan oleh barisan juri pada 29 November 2022.

Fasa 4:
Senarai top 5 yang dipilih oleh pihak juri itu kemudian diumumkan pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Undian untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori juga telah dibuka dan peminat yang ingin mengundi boleh berbuat demikian menerusi pautan ini.

Proses undian dibuka bermula 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023

Fasa 4:
Pemenang bagi setiap kategori akan dimumkan pada acara kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2022 pada 26 Februari 2023 yang bakal diadakan di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, dan dipancarkan secara eksklusif di platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.