Selepas Fasha Sandha, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza turut menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung suaminya di Kedah.

Pengguna laman sosial Facebook, Encik Captain Shahril telah memuat naik video ketibaan Siti di Stesen KTM Sungai Petani.

Siti disambut meriah peminatnya yang tidak mahu melepaskan peluang berjumpa dan bergambar dengan penyanyi tersohor negara itu.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Siti berkata, dia seronok menggunakan pengangkutan awam tersebut setelah berpuluh tahun tidak menaiki kereta api.

Difahamkan Siti akan berada di Kedah selama tiga hari untuk menyambut sambutan Aidilfitri bersama keluarga di sana.

Meskipun bergelar seorang artis, rata-rata peminat kagum dengan sikap sederhana Siti yang memilih untuk menaiki pengangkutan awam.


@Maarof Musa: "Siti memang terbaik, tidak sombong bila ajak bergambar. Contoh artis dan ikon di Malaysia."

@Hasiff: "Artis seperti ini adalah contoh terbaik untuk peminatnya. Meskipun bergelar artis disegani namun masih menggunakan pengangkutan awam."

@Zack Kapchai: "Respek Tok Ti. Still humble walaupun dah lama popular. Beza dengan artis sekarang yang famous sebab rupa dan bukan bakat.

@Hasmin Hashim: "Siti pun tau daripada sakit hati nak menghadap jem lebih baik dia naik tren. Contoh terbaik Datuk Siti dan untung la sapa yang dapat jumpa."

@Siety Syahrisan: "Cayalah Datuk Siti, dia layan peminat dengan baik sekali. Inilah contoh artis yang sudah popular namun masih tahu asal usul."


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi