Nusantara

Siti Nurhaliza Tak Sempat Duet Dengan Glenn Fredly

gempak
Amri Hassan
09/04/2020
03:02 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Tak Sempat Duet Dengan Glenn Fredly
Hajat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berkolaborasi dengan mendiang Glenn Fredly tidak kesampaian apabila penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu.
BACA: Glenn Fredly Meninggal Dunia
Perkara itu dinyatakan Siti menerusi muat naik di Instagram Stories malam tadi.
"Saya sempat bertemu beliau sewaktu konsert tour di Jakarta.
"Kita berbincang mahu duet dan kolaborasi lagu. Seorang yang punya nilai peribadi yang baik dan rasa hormat yang tinggi," tulis Siti.
Malah, puji Siti, Glenn antara penyanyi yang diminati sejak dahulu.
"Salah seorang penyanyi yang saya hormati dan minati dulu dan kini telah pergi meninggalkan kita semua.
"Salam takziah dan semoga keluarga terus tabah," tambah Siti.
Glenn sebelum ini pernah menghasilkan lagu berjudul Bila Harus Memilih yang dimuatkan dalam album Transkripsi (2006).
Penyanyi yang popular dengan lagu Januari itu dilaporkan meninggal dunia akibat radang otak.
Glenn meninggalkan seorang isteri Mutia Ayu dan seorang anak perempuan Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang dilahirkan pada Februari lalu.
Mendiang memulakan kerjaya sebagai anak seni secara profesional pada tahun 1995 selepas memenangi sebuah pertandingan nyanyian.
Glenn mencipta nama di Malaysia menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024