HIBURAN
Siti Saleha Syukur Tidak Alami Alahan Hamil - “Walaupun Tak Mengidam Atau Mual Tapi…”
Pelakon, Siti Saleha yang kini hamil empat bulan menyatakan rasa syukur apabila tidak berdepan alahan sepanjang hamil.
Tiada alahan cuma penat
Menurut Saleha, fasa trimester pertama kehamilannya berada dalam keadaan yang baik-baik cuma mengalami kepenatan seperti wanita hamil yang lain.“Pada trimester pertama saya hanya duduk rumah, kalau tiada apa-apa,” katanya.“Alhamdulillah trimester pertama memang tiada alahan apa-apa. Saya bersyukur juga kerana saya tengah ‘shooting’ sekarang ini dan gembira juga sebenarnya ‘shooting’ itu ditunda kepada sekarang. “Kalau ‘shooting’ ketika trimester pertama kehamilan saya, agak bergelut juga walaupun saya tiada alahan, mengidam atau mual. Tapi penat itu biasa sebagai wanita hamil.
Saleha berkata demikian ketika ditemui di sidang media dalam sebuah majlis anugerah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Berehat dari lakonan buat seketika
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Saleha memaklumkan dia memilih untuk berehat dari lakonan buat sementara waktu.Katanya dia akan berehat selepas selesai menjayakan penggambaran drama bersiri Bad Cop arahan Jason Chong.
“Selepas selesai projek saya sekarang ini, saya takkan ‘shoot’ buat sementara waktu sebab memenatkan.
“Saya hanya mahu ‘chill’ sekejap sampai saya bersalin dan tengoklah bila badan kembali mantap dan ramping, saya akan ‘shoot’ balik.
“Saya akan ambil masa sekejap tapi tidaklah dua atau tiga tahun,” ujarnya.
Terdahulu, Saleha berkongsi berita kehamilannya menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram.
Video itu dirakam ketika dia dan suaminya, Joshua Fitton berada di Bali, Indonesia.
Saleha dan Joshua diijabkabulkan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu.
Must-Watch Video