,
Laman Utama

Siti Sarah Dapat 'Bodoh' Sebab Masak Dakwat Sotong Yang Dikatakan Haram, Tapi Lepastu…

Fiza Kamarudin
21/05/2021
11:41 MYT
Penyanyi Siti Sarah baru-baru ini berkongsi video masakan Sotong Masak Hitam di laman sosial Instagram (IG), namun hantaran tersebut menjadi pertikaian netizen.
Ada di antara mereka yang mempertikaikan Siti Sarah kerana memasukkan dakwat sotong ke dalam masakan yang didakwa haram.
Lebih menyedihkan apabila dia turut digelar bodoh kerana tidak mengambil tahu dan kononnya memperlekehkan hukum agama.
Tidak mendiamkan diri, Siti Sarah bertindak bertanyakan tentang hal tersebut kepada individu yang lebih arif berhubung isu tersebut.
Dengan pertolongan suaminya, Shuib, mereka berjaya mendapatkan Imam Muda Asyraf untuk memberikan penjelasan.
Siti Sarah turut berkongsi rakaman suara Imam Muda Asyraf menerusi hantaran terbarunya di IG dan berharap agar ia menjadi manfaat kepada semua.
Menerusi rakaman tersebut Imam Muda Asyraf menjelaskan menurut mazhab Syafie dan sebahagian fatwa, dakwat sotong dikategorikan sebagai najis kerana apa sahaja yang berada dalam perut haiwan adalah najis.
Namun jelas beliau lagi, pandangan-pandangan hari ini sebahagian ulama menyatakan tidak haram kerana dakwat sotong bukan najis tetapi sebahagian daripada sotong itu sendiri.
“Jadi untuk selamat, jika sotong yang dimasak terus dengan dakwatnya maka ianya harus bersih, tak ada masalah.
“Kalau orang tanya, tak tahu nak jawab suruh pergi cari website Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau ada sebut tentang dakwat sotong ini,” jelasnya.
Menerusi rakaman sama, Siti Sarah turut menyertakan pendapat daripada PU Azman mengenai kekeliruan tersebut.
“Memang ada di kalangan ilmuwan yang mengharamkan makan dakwat hitam sotong kerana berpendapat ia adalah najis.
“Tetapi dari sudut dalil, tidak ada dalil yang sahih dan jelas dari Al-Quran dan As-Sunnah yang mengharamkan makan dakwat hitam sotong.
“Maka ia harus atau boleh atau halal sehinggalah datang dalil yang mengharamkannya. Maka halal makan dakwat hitam sotong selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

gempak
10/07/2024
04:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber mendapat perhatian semua pihak.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Viral

Anak Pemilik ‘Axia Bergoyang’ Viral Tampil Beri Penjelasan, Pelaku Tiada Pertalian Darah Dengan Keluarganya

gempak
30/05/2024
23:25 MYT
Gara-gara kereta bergoyang viral selepas didakwa melakukan perkara tidak senonoh di pekarangan masjid, seorang individu tampil memberikan kenyataan mengenai kejadian tersebut.
BorakSeeni