Penyanyi Siti Sarah mengusik suaminya Shuib dengan raya rambut ‘bar code’ ketika sedang memotong rambut pelawak itu.

Menerusi laman sosial Instagram, Sarah berkongsi gaya rambut hasil sentuhannya itu untuk tatapan umum.

“@shuibsepahtu mintak kita potong rambut dia. Kita bukanlah nak mengena dia. Tapi dia bukannya nampak pun kat belakang kepala tu.

“Okay korang rasa ni bar code ke atau misai belakang kepala?” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Sarah sengaja melakukan tanda ‘bar code’ tersebut sebagai usikan memandangkan suaminya tidak tahu apa yang berlaku di belakang kepala.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur dengan aksi suami isteri itu memandangkan kedai gunting rambut masih tidak beroperasi sepanjang pelaksanaan tempoh total lockdown.

“Itu tanda dia laki awak. Gi mana-mana nampak dah tanda,” komen seorang wargamaya.

Geramnya rasa nak amik pencukur,” kata seorang wargamaya.

Kalau Pekan, rambut kat bahagian atas. Tapi yang ini, apa nama ya?” tanya seorang wargamaya

QR code MySejahtera ke ni?” usik seorang wargamaya.

Yang ini bila scan, keluar hak milik Siti Sarah. Awas jangan cuba mengoda,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Shuib dan Sarah berkahwin pada 27 Februari 2011 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Jeumpa D’Ramo, Bsngsar.

Pasangan romantis itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.