Impak daripada terbongkarnya isu hubungan toksik Seo Ye Ji yang mengawal karier mantan kekasihnya, Kim Jung Hyun belum berakhir.

Terkini, lima produk yang mendapatkan khidmatnya untuk menjadi wajah mereka membatalkan kerjasama mereka dipercayai kerana pemberitaan buruk tersebut.

Menurut laporan South China Morning Post, antara yang menamatkan kontrak mereka termasuklah produk kecantikan Inner Flora yang baru ditandatangani pada Ogos tahun lalu.

Ye Ji dipercayai menjadi wajah mereka kerana sikap yakin diri dan kecantikannya. Namun setelah kerjasama diakhiri, semua wajah Ye Ji yang dihiasi di pelbagai platform media sosial dan pusat beli belah telah dihapus atau digantikan.

Selain itu, produk pelitup muka terkenal Korea Selatan, Aer turut mengambil langkah menghentikan kerjasama mereka.

Kerjasama bintang It’s Okay to Not Be Okay dengan produk cermin mata jenama Rieti juga dibatalkan. Ironi, mereka baru melancarkan kempen terkini bertemakan Covid 19 pada bulan Mac, hanya beberapa bulan sebelum skandal tersebut terbongkar.

Tidak hanya itu, namanya juga digugurkan dalam beberapa kempen naskhah yang dibintangi selain produk kosmetik LUNA juga membatalkan hubungan kerjasama mereka.

Kesemua pembatalan kerjasama itu membuatkan Ye Ji dianggarkan kerugian jutaan ringgit.