,
Berita

“So Many Losses, 2020 Memang Berbeza…”- Selepas 2 Bulan Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Kembali Ke Instagram

Syafiqah Jalal
09/04/2020
05:55 MYT
Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kembali aktif di akaun Instagram (IG) miliknya apabila mengemas kini entri terbaharu hari ini.
Ia merupakan entri pertama Bunga di IG selepas dua bulan pemergian suaminya, Ashraf Sinclair.
Bunga menerusi kemas kini terbaharunya memuat naik foto bergambar hitam keseluruhannya.
Dalam entri tersebut dia akui tahun 2020 memang berbeza buatnya apabila kehilangan banyak perkara dalam hidupnya.
Justeru dia meminta agar semua sentiasa menghargai masa yang ada bersama dengan orang tersayang.
“So many losses.. 2020 memang berbeza. Lets take care of each other. Lets love each other..
“Nikmati momen yang ada untuk mencintai, memberikan kasih dengan orang yang dicintai kerana kita tahu, waktu sangatlah berharga.. Love, BCL,” tulisnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberikan kata-kata semangat buatnya.
Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian pelantun lagu Januari, Glenn Fredly.
Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

BCL Nyanyi Lagu ‘Aku Dan Dirimu’ Sambil Berpegangan Tangan Dengan Pemain Dram, Ajak Yuna ‘Crash The Party’

gempak
12/10/2024
12:55 MYT
Yuna mendapat sorakan gemuruh daripada penonton disaat Bunga memanggilnya untuk naik ke atas pentas.
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
BorakSeeni