Personaliti media sosial Sofyank mencuri perhatian ramai apabila terbang ke negara Switzerland untuk berbulan madu bersama isterinya Nabilah Ramli, 24 tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Sofyank atau nama sebenarnya Mohd Sofian Abdullah, 26, berkongsi video dan foto ketika berada di negara indah tersebut untuk tatapan umum.
“Mengembara ke Switzerland bersama isteri, hari pertama,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian berdurasi kurang 60 saat itu menunjukkan Sofyank merakamkan perjalanan isterinya menyelusuri sebuah bandar dengan landskap yang sangat menawan.
Viral
Sofyank Bawa Isteri Bulan Madu Di Switzerland, Netizen Puji Kualiti Video - "Terlebih HD, Puas View!”