,
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

Asyikin Mayudin
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Inisiatif Untuk Beri Sokongan Untuk Palestin

“Ini adalah satu inisiatif daripada Astro, saya rasa ini pun boleh menjadi platfrom yang kita boleh guna ramai-ramai terutama dalam kalangan artis untuk sama-sama beri sumbangan atau tenaga kerja.

“Ia juga sebagai satu tanda kita bersama mereka (rakyat Palestin) di sana. Saya pun rasa sangat terharu dapat berada bersama barisan selebrti yang lain untuk kita menjayakan Malaysia4Palestin,” kata Naim kepada Gempak.

Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, Naim juga meletakkan harapan agar kekejaman dan penindasaan di bumi Palestin berakhir.
“Harapan saya tetap sama, bukan saja saya malahan setiap pengiat seni lain, setiap rakyat Malaysia… harapan kita tetap sama di mana kita harap kekejaman, penindasan di bumi Palestin berakhir.
“Semoga semuanya di sana menerima bantuan secukupnya dan segala bantuan yang diperlukan. Saya juga berharap, lebih juga kepada rakyat Malaysia untuk berdiri berganding bahu, tak kira warna kulit, agama, bangsa dan pekerjaan, ini bukan masanya untuk kita nak bercanggah, bercakar sesama sendiri, tapi ini adalah masa untuk sama-sama reflek kepada diri kita, tanya diri kita ‘adakah dengan kita bertelagah ini dapat bantu saudara sesama kita’.
“Apa-apa pun saya harap kita sentiasa bersepadu dalam lafaz kalimah yang sama, untuk kita sama-sama bantu sedaya upaya untuk bantu mengikut kapasiti kita untuk bantu mereka yang berada di Palestin,” ujarnya.

Elizabeth Tan Sebak

Manakala, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berasa sebak ketika berkongsi pendapatnya mengenai pergolakkan yang berlaku di Palestin.

“Kita lihat banyak nyawa sudah diambil, berapa banyak bangunan dah dimusnahkan, awak tahu ia bukan pertahankan diri lagi.

“Ia sangat menyedihkan… saya sebenarnya baca setiap malam baca mengenai perkara ini (pergolakkan Palestin) sejak Oktober tahun lalu. Untuk tahu, benda ini masih berterusan, ia sepatutnya dihentikan.
“Saya rasa ia sangat tidak berperikemanusiaan, rumah mereka semuanya dimusnahkan… apa yang berlaku di sana sangat tidak berperikemanusiaan. Mungkin ada kawan-kawan saya yang rasa kenapa saya ambil peduli.
“Tak melibatkan saya pun, tapi saya cakap dekat mereka, awak hanya perlu ada sifat kemanusiaan,” kata Elizabeth.

Aaron Aziz Tak Sanggup

Dalam pada itu, pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui dia tidak sanggup untuk melihat video kekejaman zionist Israel terutama terhadap kanak-kanak di Palestin.

“Saya rasa inisiatif untuk program ini merupakan gerakan yang bagus. Ini melibatkan kemanusiaan… untuk orang menjadi lebih sensitif terhadap segelintir isu.

“Sebenarnya saya tak terkata, ada masa saya lihat sosial media, terutama perkongsian melibatkan anak-anak saya akan skip. Bukan sebab tak nak layan tapi ia beri saya anxiety dan depress.
“Sebab saya sebagai seorang bapa, saya ada anak dan sayangkan kanak-kanak. Kita percaya mereka di sana dijaminkan ke syurga tapi yang masih hidup dan sengsara ini, kita kena bantu mereka,” ujarnya.

Malaysia4Palestin

Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan.

BERITA TRENDING: Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin.
Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin.
Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin.
Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan.
Personaliti-personaliti terkenal yang akan turut mengambil bahagian dalam inisiatif Malaysia4Palestine termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus, Datuk Aaron Aziz, Dr Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, Nabil Ahmad, dan ramai lagi.
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aaron Aziz Berang, Wanita Songlap Puluhan Ribu Ringgit Dari Hasil Jualan Perniagaan Isteri - “Bini Aku Percaya Kau Tapi…”

gempak
14/11/2024
02:55 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz hilang sabar apabila seorang wanita tergamak songlap wang isterinya iaitu Datin Diyana Halik berpuluh ribu ringgit.
Hiburan

“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

gempak
12/11/2024
08:55 MYT
Pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang berhubung kes buli melibatkan seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Hiburan

“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

gempak
01/11/2024
00:55 MYT
Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Unitar