Skip to main content

Viral

Solidariti Untuk Ukraine! Organisasi Miss Supranational Pula Reject Peserta Dari Rusia

temubual-eksklusif-2022-03-03t034125-347.png

Rusia yang mulai melancarkan serangan ketenteraan terhadap Ukraine menyita perhatian masyarakat dunia!

Ramai yang telah mengecam perbuatan Rusia dan terbaharu, organisasi ratu cantik terbesar dunia, Miss Supranational secara rasminya melarang wakil Rusia daripada bertanding tahun ini.

Memaklumkan perkara tersebut di Instagram Miss Supranational Organization, Presidennya, Gerhard Parzutka Von Lipinski mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rusia.

"Ukraine menjadi sebahagian daripada keluarga Supra sejak pertandingan ini dianjurkan pada 2009. Oksana Moria telah memenangi pertandingan ini kali pertama di Poland.

"Hari ini, kami menyertai rakan EU, negara seluruh dunia, persekutuan sukan, penganjuran acara kebudayaan dan ramai lagi berpegang pada kebebasan dan kesatuan.

"Kami tidak akan menerima penyertaan dar Rusia kerana kami tidak menerima tindakan Kremlin," ujarnya.
 

Must-Watch Video

Advertisement