Hiburan
Sophia AlBarakbah Menangis Di Set Kerana Sedih Kehilangan AliBear
Aktres jelita, Sophia AlBarakbah mendedahkan dia pernah menangis ketika dia set pengembaraan setelah mendapat perkhabaran berita kucing kesayangannya yang bernama Alibear itu mati akibat serangan sawan.
Sophia, 31, akui kepergian kucingnya tersebut telah menganggu emosinya ketika di set pengembaraan filem baru-baru ini kerana Alibear telah dijaga seperti anak nya sendiri.
“Ketika berada di set saya agak sedih lah bila dapat tahu kucing saya sawan lepas kakak saya hantar video, padahal ketika itu saya kena buat scene happy.
“Saya baru bela dia dalam sebulan lebih tapi memang jaga macam anak sendiri sebab najis dia pun saya basuh dan bersihkan.
“Dia kena gigit kucing liar, sebab dia kecil lagi dan memang hyper macam kucing kebiasaan kucing oyen. Selepas kejadian itu, dia paralyzed tak boleh jalan dan perut dia kembang, kita hantar vet doctor cakap dia dah paralyzed dan tak boleh berak sendiri dah.
“Lepastu dapat 6 kali sawan dan doctor cakap dia memang tak boleh diselamatkan. Jadi dekat set haritu memang semua orang faham dan lepas settle semua scene memang diorang suruh saya balik sebab saya memang sedih ketika itu,” kongsinya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Sophia turut mengatakan tidak sunyi hidup walaupun masih bergelar solo kerana memelihara haiwan seperti kucing dapat menceriakan hidupnya.
“Saya tak sunyi sebab saya ada kucing ada family dan kawan-kawan jadi tak terfikir pun sunyi atau macam mana.
“Saya focus kerja je dan kucing saya sahaja tapi kucing saya baru je meninggal,” tambahnya lagi.
Berita Trending: Netizen Ungkit Ruhainies Pernah Tuduh Sophia Albarakbah Perosak Industri, Akhirnya Kata-Kata Makan…
Must-Watch Video