Terkini

Sophia Liana Selesa Simpan Hal Peribadi

gempak
Kamaruddin Razal
18/02/2020
04:00 MYT
Sponsor Banner
Sophia Liana Selesa Simpan Hal Peribadi
Finalis Dansa dan Sing, Sophia Liana tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum di laman sosial.
Menurut ahli kumpulan DeFam itu, perkara terbabit sudah mula diamalkan semenjak dia menjejakkan kaki dalam bidang hiburan.
"Saya sendiri yang tidak gemar berkongsi hal sendiri di laman sosial, termasuklah keluarga atau hubungan peribadi. Saya lebih selesa berkongsi perihal kerjaya.
"Semenjak dari awal kemunculan lagi saya menetapkan untuk menyimpan perihal peribadi dan lebih memberikan fokus kepada perkembangan karier.
"Jika ada peminat yang dapat menyelongkar mengenai hal peribadi saya, apa yang boleh saya katakan, itu semua cerita lama," katanya sempat berseloroh.
Tambah Sophia, dia jua mahu menjaga namanya dalam industri dan mengekalkan perkara terbabit.
"Alhamdulillah, semenjak awal lagi, saya kurang menerima kecaman dan selalunya, saya menerima maklum balas positif berkenaan hasil kerja saya.
"Kalau boleh, saya mahu mengekalkan momentum itu dan mahu orang mengambil tahu mengenai perkembangan karier saya sebagai penyanyi," katanya lagi.
Sophia ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, baru-baru ini.
Membawakan anda era “moden klasik” dengan lapisan warna dan siluet minimalis
Lebih dua dekad selepas kemunculannya pada tahun 1990-an, New Balance 850 membuat kemunculan semula dengan sentuhan moden dan penuh tenaga pada rupa ikoniknya.
Menampilkan reka bentuk alternatif tanpa logo N di tepi - sesuatu yang radikal bagi New Balance pada tahun 1996 – keluaran terkini ini menampilkan gaya “colour blocking” yang ekspresif berserta penggunaan material yang premium.
Turut hadir ialah selebriti lain seperti Zizi Kirana, Sharifah Sakinah, K-Clique, Ajak Shiro. Hunny Madu, Kayda dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Sophia dan lima peserta lain beserta anggota kumpulan masing-masing yang mara ke konsert final Dansa dan Sing Ahad ini adalah Wani Kayrie, Shiha Zikir, Chubb-E, Waris dan Raja Syahiran.
Dalam Dansa Dan Sing, koreografer terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live