Pelakon Datin Paduka Eina Azman mendapat perhatian kerana perubahan bentuk badannya yang semakin cantik.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi Eina, ibu kepada kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini memaklumkan untuk mendapatkan bentuk badan idaman, kesabaran dan usaha yang konsisten sangat diperlukan.

“Jangan hanya harapkan sahaja, sebaliknya usaha untuk mendapatkannya. Ya, saya adalah ibu kepada anak kembar,” tulisnya ringkas.

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya pengikutnya memuji dan menjadikan Eina sebagai pembakar semangat untuk turut sama menjalani kehidupan sihat.

Bagaimanapun komen dari seorang pengguna yang menyamakan bentuk badan Eina dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat menarik perhatian wanita cantik itu.

Tidak cepat melenting, Eina kemudiannya membalas komen itu dengan cara yang sopan.

Dalam satu komen yang lain, Eina juga menyatakan tidak perlu melakukan pembedahan sekiranya mahu badan yang cantik.

“Nak badan cantik tak semestinya kena pergi operate. Kita lakukan senaman, jaga makan. Pasti boleh lebih cantik dan original,” tulisnya.

“Maaf saya original ya. Saya ibu kepada dua orang anak,” balasnya.



Eina telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.