Jurusolek selebriti terkenal, Datuk Alha Alfa akui terpaksa menceroboh masuk kawasan rumah kejiranannya selepas mendapati kucing peliharaan mereka terbiar kelaparan.

Menurut Alha dia kasihankan kucing mereka dan telah memberi makanan kerana dikhuatiri tuan rumah tersebut berada di kampung dan tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 14 April 2020.

“Assalamualaikum tuan rumah, sorry saya ceroboh kawasan rumah tuan/puan… Saya rasa tuan rumah mesti balik kampung dan dah tak boleh balik ke rumah semula sebabkan kes COVID-19 ni kan?

“Kesiannya, jadi saya minta izin memandai-mandai bagi makan kucing tuan. Jangan risau semuanya selamat,” katanya.

Alha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, dia memuat naik video di kawasan rumah jirannya dan memberi makanan kepada kucing-kucing mereka.

Tambah Alha lagi, dia ikhlas menolong dan berniat untuk membantu orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

“Kepada yang mempunyai masalah yang sama, duduk area Kajang atau Bangi serta yang tiada kawan atau jiran untuk minta tolong… Boleh mesej peribadi saya.

“Tapi pastikan pagar rumah tidak berkunci dan pastikan kucinng berada di luar rumah,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap serta amalan baiknya itu.


Assalamualaikum tuan rumah, sorry sy ceroboh kawasan umah tuan/puan..sy rasa tuan rumah mesti balik kampung then dah xboleh balik ke rumah semula sbbkan kes #covid_19 ni kan? Kesiannya? so sy mntak izin memandai2 bagi makan kucing tuan..jgn risau semuanya selamat??? alhamdulillah..tqsm kakaku KEKPA teman adikmu kang xpasal2 org cekup igtkan nak curi kucing kan ?? . . P/s : kepada yg mempunyai masalah yg sama, duduk area kajang / bangi, yg xde nmber jiran nak mntk tlg, dm sy, tapi makesure pagar rumah xberkunci la ye..n makesure kucing tu kat luar umah..dalam rumah sorry sy xmauuuu~~ ?

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on