,
Laman Utama

“Spanar Jaya, Edisi Siasat, Mis Tres Hermanas, Survivor, Sin Chan, Seekers” - NTV7 Tutup Siaran, Netizen Terkenang Program Kegemaran

Azwa Rahman
16/02/2021
08:52 MYT
Siaran NTV7 di bawah Media Prima akan ditamatkan untuk memberi laluan kepada rangkaian pendidikan DidikTV di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bakal bersiaran bermula esok.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadualkan melancarkan DidikTV pada pagi Rabu.
Medium ini diperkenalkan sebagai satu usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.
DidikTV akan bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari dan DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.
Meninjau ke laman sosial Twitter, ramai wargamaya yang berkongsi kenangan mereka bersama saluran tersebut.
Ramai yang turut berkongsi memori manis mereka bersama ntv7 yang menjadi sebahagian penghibur sewaktu zaman remaja.
Rancangan paling best kat NTV7: Edisi Siasat ( Wan Kamarulzaman), Istana Takeshi, Spanar Jaya, Pokemon(sabtu, 830mlm), Doraemon, Shin Chan, Masked rider (ahad,1030) dan Ultraman (ahad,11pg),” komen seorang wargamaya.
Goodbye ntv7. I will always cherish my time watching Crayon Shin Chan and Doraemon every Saturday magrib time. And also digimon on Sunday morning,” luah seorang wargamaya.
Tahukah anda, sebelum. IDAMAN dan ASTANA IDAMAN ditukarkan siaran ke Astro. NTV7 merupakan penyiar kepada drama ni. Dengan pelakon yang mantap. Ada Jalaludin Hassan and few more. Terima Kasih NTV7 untuk kenangan,” kata seorang wargamaya.
BYE BYE SEEKERS. Paranormal paling best aku pernah tengok kat Malaysia,” tulis seorang wargamaya.
Miss Tres Hermanas, Yo Soy Betty La Fea, Maria Mercedes, Juana De Virgin etc. Good bye my childhood,” kata seorang wargamaya.
Thanks NTV7 for bringing Survivor 20 years ago,” ucap seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, stesen TV tersebut bermula sebagai saluran komersial swasta pada 1995 sebelum diambil alih Media Prima pada 2005 dan menyertai stesen komersial lain syarikat itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Bila Rasa Menjadi Kuasa! Makania Musim 2 Lebih Lazat, Lebih pedas

gempak
22/11/2024
21:06 MYT
Pengembaraan animasi tempatan yang berkisar tentang dunia masakan dan hubungan kekeluargaan iaitu Makania kini kembali dengan musim kedua.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar