Skip to main content

Hiburan

Sophia Albarakbah Lebih Selesa Nama Dikenali Kerana Karya - “Biarlah Dikata Suram, Janji…”

Sophia Albarakbah Lebih Selesa Nama Dikenali Kerana Karya - “Biarlah Dikata Suram, Janji…”

Sekilas

  • Sophia Albarakbah lega namanya kini lebih dikenali melalui lakonan selepas beberapa kontroversi sebelum ini.
  • Dia lebih selesa dikenali melalui watak dalam drama dan filem serta mengelak gosip tidak perlu.
  • Sophia mengambil masa berehat untuk luangkan masa dengan keluarga dan merancang untuk melancarkan bisnes tahun depan.
Advertisement

Pelakon Sophia Albarakbah mengakui lega selepas namanya kini lebih dikenali hasil daripada kerjayanya selepas dihimpit beberapa kontroversi sebelum ini.

Ujar pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman ini, dia lebih selesa jika dinilai berdasarkan lakonan yang dibawanya menerusi drama mahupun filem yang dibintanginya.

Advertisement

“Saya lebih suka orang mengenali saya melalui watak dalam drama mahupun filem yang saya bawakan. Satu kepuasan kalau orang bercakap fasal karakter yang kita galas.

“Biarlah dikata nama suram atau sebagainya semata-mata tiada cerita panas, janji memang kita aktif bekerja selain sengaja elak benda (gosip) tak perlu.

“Saya tidak gemar apabila orang kenal saya melalui hal yang kurang elok dan tidak betul. Jadi saya lebih selesa begini,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Sophia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 bertempat di Hyatt Regency Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Sophia kini memaklumkan dia mengambil masa untuk berehat selepas hampir setahun sibuk menjalani penggambaran pelbagai projek lakonan.

“Apabila kita sibuk menjalani penggambaran, memang jarang ada masa terluang untuk keluarga. Jadi, saya nak berehat sambil luangkan masa bersama mereka dan pasang strategi bisnes.

“Saya perlu pandai membahagikan masa bagi memastikan kerjaya lakonan serta minat dalam bidang perniagaan dapat bergerak seiring.

“Bagus juga kalau kita ada lebih daripada satu sumber pendapatan. Saya minat berlakon dan berniaga, tidak salah mengejar kedua-duanya. Insya-Allah, tahun depan bisnes dilancarkan,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement