Skip to main content

Hiburan

Jadi ‘Dulang Boy’, Rakan Baik Kongsi Terima Hadiah Istimewa Dari Syed Saddiq - “Bila Kau Ada…”

Jadi ‘Dulang Boy’, Rakan Baik Kongsi Terima Hadiah Istimewa Dari Syed Saddiq - “Bila Kau Ada…”

Sekilas

  • Adam Mohd Muhayeddin berkongsi hadiah istimewa berupa buku nota daripada Syed Saddiq selepas menjadi antara ‘dulang boy’ pada majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah.
  • Buku nota tersebut dibalut kemas dengan kain bercorak batik, memberikan sentuhan eksklusif dan peribadi kepada penerimanya.
  • Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Merdeka 118 Precinct dan turut menarik perhatian dengan kehadiran barisan ‘dulang boy’ dan ‘dulang girl’ yang membawa hantaran.
Advertisement

Rakan baik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Adam Mohd Muhayeddin berkongsi hadiah istimewa yang diterima daripada Ahli Parlimen Muar itu selepas menjadi antara ‘dulang boy’ pada majlis pernikahannya bersama Bella Astillah.

Menerusi Threads, Adam memuat naik beberapa foto memperlihatkan sebuah buku nota yang diberikan Syed Saddiq kepada barisan ‘dulang boy’ dan ‘dulang girl’.

Advertisement

Menariknya, buku nota tersebut turut dibalut kemas menggunakan kain bercorak batik sehingga memberikan sentuhan lebih eksklusif dan peribadi.

“Bila kau ada kawan baik yang nerdy.

“Hadiah dari Syed Saddiq kepada Dulang Boy and Dulang Girl. Buku nota.

Advertisement

“Thank you Saddiq!” tulisnya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Merdeka 118 Precinct.

Majlis tersebut turut mencuri perhatian menerusi pelbagai momen termasuk kemunculan barisan ‘dulang boy’ dan ‘dulang girl’ yang membawa hantaran pasangan berkenaan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Must Watch Video

Advertisement