,
Laman Utama

Spekulasi Berpisah Dengan Nick Jonas, Priyanka Chopra: “Kami Tahu Hati Masing Masing”

Maliah Surip
01/12/2021
13:12 MYT
Hubungan pasangan suami isteri romantik, Priyanka Chopra dan Nick Jonas sempat digosipkan mengalami masalah selepas aktres Bollywood itu menukar kemas kini pada platform media sosialnya.
Priyanka dikatakan telah ‘menghapuskan’ nama suaminya itu, sekaligus menimbulkan teka teki mengenai keharmonian rumah tangga mereka.
Tidak memberi kenyataan secara nyata, namun Priyanka ‘membalas’ gosip mengenai keretakan rumahtangganya dengan Nick menerusi kehadiran mereka di acara Fashion Awards 2021 yang berlangsung di London pada 30 November 2021.
Pasangan yang sudah tiga tahun berkahwin ini kelihatan cukup bahagia dan romantik seperti biasa.
Dalam satu temubual bintang Quantico ini bersama InStyle podcast, Ladies First With Laura Brown, aktres ini sempat berkongsi mengenai bagaimana hubungan rumah tangga mereka yang ‘berjalan’ secara jarak jauh berada dalam suasana yang harmoni.
Priyanka dan Nick menjalani hubungan rumah tangga jarak jauh berikutan kesibukan jadual kerja masing masing.
“Kami sentiasa berhubung,” katanya seperti dipetik dari E!News.
Dia yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Citadel kemudian menambah: “Kami tahu hati masing masing.
“Dan kami selalu mengutamakan satu sama lain dalam apapun yang dilakukan.”
Menurutnya lagi, adalah sangat penting untuk saling berhubung.
“Adalah sangat penting untuk selalu berhubung dan mengambil tahu tentang suasana hati masing masing. Itu adalah keutamaan.
“Saya boleh katakan, suami saya melakukan ia dengan cemerlang,” katanya bahagia.
Malah Priyanka mengatakan salah satu hal terindah yang dilakukan Nick tahun ini adalah hanya datang sehari untuk bertemunya yang kini berada di London.
“Seperti yang saya katakan, ini adalah tahun yang sukar buat saya bersendirian di London.
“Tapi suami akan datang ke sini walau hanya untuk menikmati makan malam bersama saya dan pulang,” akuinya. Priyanka juga mengatakan sebagai pasangan suami isteri yang juga cukup sibuk bekerja, ada perkara yang dipraktikkan untuk memastikan kehidupan peribadi dan karier berjalan baik.
“Kami masing masing mempunyai karier dan sangat jelas mengenai hal tersebut. Apa yang dipersetujui adalah kami tidak boleh menganggu kerja masing masing.
“Kami juga tidak mencampur aduk soal peribadi dan karier. Ya, kami sering berbincang dan memberi pendapat tentang karier masing masing, namun ia bukan untuk mempengaruhi sehingga memudaratkan kerja.
“Setiap keputusan yang diambil adalah atas tanggungjawab sendiri kerana kami telah lama membina karier dan reputasi secara bersendirian sejak lama,” jelasnya panjang lebar.
Kredit Foto: Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Hiburan

Dah Setahun Pemergian Suami, Hati Noniswara Belum Bersedia Untuk Bergelar Isteri Semula - "Ramai Saja Yang Melamar Saya Sebenarnya"

gempak
10/11/2024
11:55 MYT
Pelakon Datin Seri Noniswara mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada lelaki yang mahu menjadikannya isteri.
Hollywood

Heidi Klum Suka Berpakaian Seksi, Bangga Tayang Badan : “Saya Hanya Mahu Bergembira”

gempak
08/11/2024
14:55 MYT
Bintang Hollywood Heidi Klum sudah berusia 51 tahun dan dia mengaku masih gemar berpakaian seksi serta mempamerkan bentuk tubuhnya.
Hollywood

Jasad Liam Payne Dibawa Pulang Ke UK Lepas 3 Minggu Mati Di Argentina

gempak
07/11/2024
11:55 MYT
Jasad penyanyi Liam Payne akhirnya dibawa pulang ke United Kingdom selepas tiga minggu meninggal dunia di Argentina.
Unitar