Bollywood

Sridevi Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

gempak
Mya Amri
25/02/2018
03:41 MYT
Sponsor Banner
Sridevi Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung
Pelakon Bollywood yang terkenal menerusi filem Nagin, Sridevi meninggal dunia.
Berita itu disahkan oleh abang iparnya, Sanjay Kapoor menerusi media Indian Express.
Dilaporkan Sridevi meninggal dunia kerana komplikasi jantung di Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.
Sridevi, 54, bersama keluarganya berada di UAE untuk menghadiri majlis perkahwinan.
“Ya, memang benar Sridevi meninggal dunia. Maklumat lain saya masih belum tahu lagi,” katanya ringkas.
Sridevi menghembuskan nafas terakhirnya disisi suami, produser Boney Kapoor dan anak perempuannya, Khushi.
Sementara itu, pelakon popular Bollywood turut menyatakan rasa terkejut mereka atas pemergian bintang lagenda itu.
Antaranya Juhi Chawla, Sushmita Sen, Priyanka Chopra, Preity Zinta, Sidharth Malhotra, Akshay Kumar, Kamal Hasan, dan Shilpa Shetty. Dalam pada itu, berita kematian Sridevi juga telah mengejutkan peminat di seluruh dunia.
Menerusi laman Twitter, rata-rata peminatnya meluahkan rasa sedih dan tidak percaya dengan berita kematian itu.
Mereka juga meninggalkan ucapan takziah dan dan mendoakan pelakon itu bersemadi dengan aman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024