,
Laman Utama

Stacy, Khai Bahar, Meet Uncle Hussain, Masdo Antara Line Up Power Konsert Sempena Ulangtahun Ke-25 DFP!

Amri Hassan
21/01/2023
09:45 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) meraikan ulangtahun ke-25 pada tahun ini dengan mempersembahkan siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis-artis tempatan solo dan berkumpulan.
Siri konsert ini juga merupakan langkah berterusan DFP untuk menghargai artis-artis tempatan dengan menyediakan platform untuk mempamerkan bakat seni mereka.

Stacy

Ia bakal dimulakan dengan penampilan penghibur lincah Stacy yang akan membuat persembahan pada hari Sabtu, 23 Februari 2023. Stacy akan membawa peminat bersama-sama menyusuri perjalanan seni beliau selama 15 tahun melalui lagu-lagu dance music dan balada yang dipetik dari album-albumnya.

Datuk Ramli Sarip

Legenda rock Datuk Ramli Sarip akan mempersonakan hadirin melalui konsert bertemakan ‘Syair Timur’ pada hari Sabtu, 13 Mei 2023.
Ini merupakan penampilan keempat Ramli di pentas DFP selepas mengadakan konsert solo pada tahun 2010 dan menjadi artis undangan untuk konsert Dato Khadijah Ibrahim (2008) dan Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (2017).

Exist

Selepas itu, tibalah giliran kumpulan Exists mempersembahkan konsert pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 menampilkan lagu-lagu malar segar dari karier seni yang menjangkau 30 tahun.
Exists telah melahirkan 13 album dan memenangi banyak anugerah di upacara muzik berprestij.
Pastikan peminat tegar kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan malam bersejarah ini di DFP.

Kugiran Masdo

Kumpulan indie terkenal, Kugiran Masdo bakal mengambil alih pentas DFP pada hari Sabtu, 22 Julai 2023.
Bakal menyerlah dengan muzik pop bernuansakan tahun 60an, kumpulan ini bakal menyampaikan lagu-lagu dari album hit mereka.

MPO Jazz Band & Friends

Orkestra Filharmonik Malaysia akan mempersembahkan sebuah konsert jazz istimewa di bawah siri konsert DFP ini pada hari Sabtu, 9 September 2023.
Bertemakan MPO Jazz Band & Friends, konsert ini bakal menyaksikan MPO mempelbagaikan genre muzik persembahannya dan turut disertai oleh artis-artis undangan tanahair.

Khai Bahar

Artis muda berbakat besar Khai Bahar bakal mengalunkan suara merdunya pada hari Sabtu, 11 November 2023.
Dari penampilan awal di platform YouTube dan Smule hinggalah ke penampilan terbaru di DFP ini, konsert ini bakal menjadi pencapaian terbesar Khai dalam arena seni suara.
Khai telah merakamkan 30 buah lagu dan menggondol pelbagai anugerah tempatan berprestij.

Meet Uncle Hussain

Siri konsert ini bakal melabuhkan tirai melalui konsert Meet Uncle Hussain pada hari Sabtu, 2 Disember 2023.
Konsert yang merupakan agenda wajib untuk peminat muzik indie tanahair ini bakal menyerlahkan bakat salah satu kumpulan rock berevolusi yang unggul di Malaysia.
Tiket-tiket berharga antara RM169 hingga ke RM369 boleh didapati di Box Office DFP atau layari www.dfp.com.my.
Semua konsert dijadualkan bermula jam 8.30 malam. DFP boleh memuatkan 920 penonton pada satu masa.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Hiburan

‘Thor’ Buat Kejutan Muncul Di Konsert Ed Sheeran, Main Dram Depan 70,000 Penonton

gempak
28/08/2024
17:55 MYT
Aktor terkenal Chris Hemsworth muncul di konsert Ed Sheeran di Bucharest, Romania, pada malam Sabtu.