Laman Utama

Stacy Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Syafiqah Jalal
06/08/2022
08:12 MYT
Penyanyi Stacy Anam selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.19 pagi tadi.
Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh suaminya yang juga penyanyi Akim Ahmad.
“Segala pujian selayaknya untuk Mu ya Allah, jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah, isteriku tercinta Stacy telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah,” tulisnya.
Akim berkongsi berita itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu dia turut memuat naik foto bayinya dengan menunjukkan sebahagian wajahnya.
Akim yang bersyukur dengan kurniaan cahaya mata keduanya itu turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya.
“Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” ucapnya.
Kemas kini itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga di Kota Kinabalu, Sabah pada 2016. Hasil perkahwinan dengan Akim mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang mesra dengan panggilan Beyya yang kini sudah berusia sembilan tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.