Filem animasi Stand By Me Doraemon 2 mengungguli kedudukan pertama dalam carta filem Astro First selepas lima hari ditayangkan.

Sekali gus filem arahan Takashi Yamazaki dan Ryuichi Yagi itu telah mengalahkan juara bertahan Penunggang Agama 2 yang kini jatuh di tangga kedua.

Manakala, kedudukan ketiga pula jatuh kepada filem Doraemon The Movie: Nobita's 2 Movie Collection dan disusuli Cinderella pada kedudukan keempat.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Filem Stand By Me Doraemon 2 merupakan filem sekuel Stand By Me Doraemon yang pernah diterbitkan pada tahun 2014.

Filem ini telah pun ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya menjadi filem kedua dengan kutipan box office tertinggi di Jepun pada minggu pembukaannya, di samping tersenarai dalam top 10 filem kutipan paling tinggi di Jepun untuk tahun 2020.

Stand By Me Doraemon 2 mengisahkan kehidupan Nobita yang merentas masa lampau untuk bertemu neneknya, dan kemudian mendorong Nobita dan Doraemon untuk melihat Nobita sewaktu dewasa di saat bersedia untuk melangsungkan perkahwinan dengan Shizuka.

Stand By Me Doraemon 2 ditayangkan pertama kali di kaca televisyen menerusi saluran Astro First 480 sejak 4 November lalu.

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran