Laman Utama

“Start Caring Other Babies, Insya-Allah..” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhtiar Suami Isteri Yang Mahukan Zuriat

gempak
Azwa Rahman
15/12/2021
06:35 MYT
Sponsor Banner
“Start Caring Other Babies, Insya-Allah..” - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhtiar Suami Isteri Yang Mahukan Zuriat
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menitipkan ikhtiar untuk mendapatkan anak kepada pasangan berumah tangga yang menantikan kehadiran zuriat.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi tips mendapatkan zuriat daripada Dr Sheikh Muszaphar yang diperoleh daripada Instagram milik beliau untuk tatapan umum.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dia memberitahu apa petua yang meminta pasangan ibu bapa yang mahukan zuriat ini untuk menjaga dan mengambil berat bayi-bayi lain.
Difahamkan melalui cara ini, hormon keibuan seseorang itu akan keluar dan lambat laun diharapkan wanita tersebut akan hamil.
Malah menurut pengguna terbabit, dia merasakan petua tersebut menjadi apabila salah seorang ahli keluarganya didapati hamil selepas mengambil seorang anak angkat. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya rancak berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi orang di sekeliling disahkan hamil selepas menjaga bayi orang lain.
Tidak hanya itu, ikhtiar daripada Dr Sheikh Muszaphar itu juga mendapat reaksi positif daripada mereka yang sudah lama menantikan zuriat.
“Orang tua dulu-dulu cakap kalau susah nak dapat baby, kena cari/pinjam baby lepas tu tidur sekali semalaman. I guess that’s one of the ways to boost Maternal Hormones kot,” kongsi seorang wargamaya.
“Jaga baby dan budak-budak sepanjang camping haritu harap-harap tahun depan pregnant la,” ujar seorang wargamaya.
This is so true guys, my ibu pengasuh bertahun kawin takda anak. So kita la jadi anak dia ikut balik kampung la apa until one day dia decide ambik anak angkat. Sekarang dah ada anak sendiri,” luah seorang wargamaya.
“Seronok baca replies. It's true. But for me, lain sikit. What I did for the last 4 years? Bagi makan strays cats. I asked them to pray for me. Bila pregnant, terkangkang-kangkang pun I still bagi. Asked them to pray that everything will be easy and my baby selamat. Alhamdulillah,” ujar seorang wargamaya.
“Tapi betul la. I nak anak tapi dekat setahun still tak dak. After dok main-main dengan anak jiran jaga diorang selama mak diorang niaga alhamdullillah memang Allah bagi,” komen seorang wargamaya.
Yessss. My mak long also got pregnant after ambik anak angkat,” tulis seorang wargamaya.
True. My auntie berpuluh tahun kawin tak dikurniakan zuriat. Then they decided nak ambil anak angkat dari ibu yang susah. After few years, pregnant with first child and years later pregnant again with the second child,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 17,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar, 49 tahun, berkahwin dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10, Sophea Natasha, 8, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 4, serta pasangan kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang baru lahir pada November tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live