Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC
Maliah Surip
25/06/2024 13:50 MYT
25/06/2024 13:50 MYT
Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Peminat pasukan Selangor FC punya pandangan sendiri dan berasa denda RM100,000 bersama tiga lagi hukuman lain termasuk perlawanan akan datang menentang JDT tanpa penonton disifatkan keterlaluan.
Bukan hanya menerima kritikan dalam kalangan peminat bola sepak, berita denda berupa bayaran tersebut turut menarik perhatian banyak pihak dan individu yang mahu menghulur bantuan kepada Selangor FC melunaskan denda yang dikenakan.
Melalui ciapan di X, Altimet yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya mahu menyumbangkan separuh kutipan royalti hak intelek kepada Selangor FC.
“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bantu bayar denda ni, jika SFC sudi," ciapannya di X.
Sebelum ini, Selangor FC mengumumkan 'tidak hadir' untuk aksi Piala Sumbangsih atas faktor keselamatan selepas permohonan mereka untuk menunda perlawanan itu ditolak MFL.
Selangor FC berbuat demikian selepas salah seorang tunggak mereka, Faisal Halim disimbah asid oleh individu tidak dikenali.
Susulan itu, MFL mengumumkan pembatalan aksi Piala Sumbangsih sekali gus menyaksikan JDT diberikan kemenangan 'walkover' dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.
Peminat pasukan Selangor FC punya pandangan sendiri dan berasa denda RM100,000 bersama tiga lagi hukuman lain termasuk perlawanan akan datang menentang JDT tanpa penonton disifatkan keterlaluan.
Bukan hanya menerima kritikan dalam kalangan peminat bola sepak, berita denda berupa bayaran tersebut turut menarik perhatian banyak pihak dan individu yang mahu menghulur bantuan kepada Selangor FC melunaskan denda yang dikenakan.
BERITA TRENDING: Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata
BERITA TRENDING: Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
BERITA TRENDING: MFL Sahkan Perlawanan Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan Walkover
BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
BERITA TRENDING: Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Salah seorangnya adalah penyanyi rap terkenal, Altimet yang secara terbuka menyampaikan hasrat untuk membantu meringankan beban Selangor FC.Melalui ciapan di X, Altimet yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya mahu menyumbangkan separuh kutipan royalti hak intelek kepada Selangor FC.