,
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

Mya Amri
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.

Kahwin anak saudara

Menurut peguam yang dikenali sebagai Hasanah Johari, kedua-dua pasangan itu hadir untuk mendapatkan konsultasi kerana keluarga tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka.
Remaja yang hadir itu berusia 18 tahun manakala pakciknya pula berumur 37 tahun.
“Datang satu pasangan perempuan (18 tahun) dan lelaki (37 tahun) minta nasihat dan konsultasi untuk poligami sebab keluarga tak setuju mereka bernikah.
“Kami terangkan prosedurnya lalu pertanyaan diutarakan ‘kenapa keluarga tak setuju kamu berdua bernikah?’ Sebab lelaki ini pakcik (adik kandung mak) saya.

“Terkesima sekejap, mungkin mereka tidak tahu, haram bernikah dengan bapa, mak, anak saudara kita!

“‘Ada cara lain ke puan, untuk kami bernikah? Sebab kami dah lama rapat, cuma ibu bapa saya tak bagi kami kahwin’ boleh dia tanya macam ni.

“Tiada cara lain! Dalam Al-Nisa ayat 23, dah termaktub haram kahwin dengan mahram. Itu sumbang mahram namanya,” kongsinya menerusi hantaran di TikTok.

Pengajaran kepada masyarakat

Bagaimanapun, kata Hasanah, tujuan perkongsian itu bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran kepada masyarakat.

“Kisah pelik tapi benar, bukan tujuan mengaibkan tapi nak berikan pengajaran sebab sekarang ramai enablers yang rasa elok saja pak saudara rapat dengan anak saudara tanpa batasan.

“Akibatnya anak saudara tersuka dengan pakciknya sendiri sehingga nak kahwin seperti kes ini.

“Hukum syarak malah undang-undang telah menetapkan perkara ini adalah haram! Stop grooming children! Stop Pedofile Bangsat!” tulisnya.
@hasanahjohari KISAH PELIK TAPI BENAR | BY HASANAH JOHARI. DISCLAIMER : BUKAN TUJUAN MENGAIBKAN TAPI NAK BERIKAN PENGAJARAN SEBAB SEKARANG RAMAI ENABLERS YANG RASA ELOK SAJA PAK SAUDARA RAPAT DENGAN ANAK SAUDARA TANPA BATASAN. AKIBATNYA ANAK SAUDARA TERSUKA DENGAN PAKCIKNYA SENDIRI SEHINGGA NAK KAHWIN SPT KES INI. HUKUM SYARAK MALAH UNDANG2 TELAH MENETAPKAN PERKARA INI ADALAH HARAM !!! STOP GROOMING CHILDREN!! STOP PEDOFILE BANGSAT!! #nasihatkehidupan #infosyariah #ketahuihakanda #hja @Halim Zaidi @izatirsln @Peguam Syarie Alpha @faraway ♬ The Sound of Your Fear slowed - Ghost Experiences
Terdahulu, pelakon Diana Danielle dan Uyaina Arshad juga lantang bersuara mengenai isu berkaitan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang dilabel sebagai pedofilia dek kerana kontennya yang menjurus ke arah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
Imbas kembali, pemandu bas berkenaan telah pun ditahan di Simpang Renggam pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN:Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

ARTIKEL BERKAITAN:Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

ARTIKEL BERKAITAN:Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai 'crush' atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dua Peguam 'Side' Fattah Amin, Kes Berat Ni” - Netizen

gempak
08/10/2024
21:55 MYT
“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah, maaf saya ‘team’ Fattah Amin," tulisnya.
Hiburan

Pihak Pengurusan Fazura Bakal Ambil Tindakan Saman Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah - “4 Hingga 5 Individu Dah Dikenal Pasti”

gempak
25/09/2024
07:55 MYT
Aktres Nur Fazura menerusi pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kes perceraiannya bersama suami, Fattah Amin.
Hiburan

Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam

gempak
21/09/2024
09:25 MYT
Penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed adalah prosedur biasa dan tiada kena mengena kononnya mahkamah boleh 'dibeli'.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
BorakSeeni