Pengarah terkenal Syamsul Yusof menafikan dia selama ini mempunyai akaun peribadi di platform media sosial, Facebook.
Perkara itu diperjelaskan Syamsul susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk berkongsi video mengarut.
Advertisement
“Abang langsung tak ada Facebook account. Kalau ada tu semua fake dan menyamar. Harap maklum,” tegasnya.
Menurutnya lagi, pihak berkenaan juga sering berkongsi video dan perkara mengarut hingga ramai telah terpedaya.
“Dia post benda mengarut sampai ada yang ingat tu abang.
“Sudah-sudah ler tu, abang cuma ada Instagram & Twitter sahaja ya.
“Stop kelirukan orang la bro,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Sementara itu, tinjauan Gempak di ruang komen, rata-ratanya meminta supaya Syamsul membuat laporan polis.
Menurut mereka, jika dibiarkan, pihak tersebut akan mengaut ‘keuntungan atas angin’.