GEGAR VAGANZA 6
“Stress Nak Hafal Lirik Lagu Rap Ni…” – Menjelang Konsert Akhir, Finalis GV2019 Dah Mula Stress
Menjelang konsert akhir Gegar Vaganza 2019 (GV 2019), finalis nampaknya semakin tertekan apabila mula berkongsi rasa di laman sosial Instagram (IG), masing-masing.
Sham Visa, pada petang Khamis telah memuat naik posting di IG memberitahu dirinya sedang tertekan untuk menghafal lirik lagu rap.
Sementara itu, Sabhi Sadhi yang juga anggota kumpulan One Nation Emcee juga telah memuat naik posting yang menggambarkan perasaan gementar apabila diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu In The End di pusingan battle, bukan ‘Haa Tepok’ seperti yang diharapkan.
Lucunya, Sabhi turut menggunakan emoticon menangis sambil mengharapkan semua peminat dan penyokong One Nation Emcees mendoakan kejayaan mereka menyampaikan lagu tersebut nanti.
Penyanyi Nurfatima juga tidak ketinggalan mengemas kini posting IG dan di ruangan kapsyen dia mengucapkan rasa syukur kerana dikelilingi individu yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
Selain rasa syukur, Nurfatima turut berkongsi perasaan selepas menjalani 10 minggu yang mencabar di pentas GV 2019.
Pada malam final, Ahad ini nanti sebanyak tiga buah lagu battle iaitu Haa Tepuk, In The End dan Angguk-Angguk Geleng-Geleng akan dinyanyikan enam finalis bersama saingan (masing-masing) yang telah ditetapkan.
Siapa pasangan mereka untuk pusingan battle nanti? Jangan lupa saksikan pentas akhir GV6, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Must-Watch Video