Musim perayaan sememangnya waktu yang paling sesuai untuk kita berkumpul dengan ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama.

Bahkan, lebih seronok lagi jika kita dapat duduk menonton filem-filem lama yang banyak mengimbau kenangan kita semua bersama insan tersayang.

Justeru dengan kedatangan sambutan Tahun Baru Cina kali ini, Astro membawakan lebih 100 filem malar segar untuk ditonton secara percuma.

Wah, seronoknya!

Jadi, inilah waktunya untuk menghabiskan masa cuti perayaan bersama-sama keluarga dengan menonton karya daripada bintang-bintang popular antaranya Jackie Chan, Stephen Chow, Bruce Lee dan Andy Lau.

Justeru anda boleh lihat senarai filem yang ada untuk ditonton secara streaming menerusi platform On Demand dengan menyambungkan jaringan Wi-Fi anda dengan PVR box atau Astro Go.

Ini langkah mudah yang anda boleh ikuti untuk menyambungkan PVR box kepada Wi-Fi




Anda juga boleh menonton filem kegemaran anda dengan menyambungkan akaun Astro dengan aplikasi Astro GO dengan cara berikut:



Mudah bukan? Jadi, jangan lupa raikan hari cuti anda dengan seleksi filem-filem terbaik daripada Astro! Selamat menonton!