Pelawak dan pelakon Atu dimasukkan ke hospital malam tadi selepas tiba-tiba rebah di kediamannya di Shah Alam.

Isteri Atu, Shafeeqa Johari ketika dihubungi Gempak berkata, detik mencemaskan itu berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat Isyak di rumah.

“Masa tu saya panik dan sangat risau. Atu tiba-tiba rebah, dia pitam. Apa yang buat saya lebih cemas apabila dia cakap separuh badan tak rasa.

“Saya terus bawa ke hospital dan doktor kata Atu dehydrated akibat strok haba,” katanya.

Tambah Shafeeqa lagi Atu mungkin akan ditahan di wad sehingga keadaannya betul-betul pulih dan stabil.

“Sedih juga kerana saya tidak dapat menemani Atu ketika ini. Saya berharap suami saya sembuh seperti sedia kala.

“Dia tidak pernah sakit apatah lagi masuk hospital. Keadaan Atu sekarang (malam tadi) sangat lemah dan dia bimbang kalau-kalau tidak dapat bekerja.

“Muzikal Lawak Superstar (MLS) pula akan kembali bersiaran pada Jumaat ini selepas dihentikan seketika kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)

"Atu memang seorang yang kuat bekerja...Kata dia kalau tak bekerja, tak berasaplah dapur...Dalam keadaan lemah pun masih nak bercakap fasal kerja dan betul-betul risau," katanya.

Dalam pada itu Shafeeqa berkata, sebelum dimasukkan ke wad Atu telah menjalani ujian calit Covid-19 dan keputusannya negatif.

“Alhamdulillah, keputusan swab negatif. Apa pun saya berharap agar semua berhati-hati dan menjaga kesihatan terutama ketika cuaca panas sekarang ini.

“Strok haba bukan benda main-main. Minumlah air secukupnya walau sesibuk mana pun kita seharian,” katanya.

Tengah malam tadi Shafeeqa turut berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)