Baru-baru ini, seorang stylist memuat naik sepotong video di akaun TikTok yang memperlihatkan dirinya menyiapkan pelakon berbakat besar, Fauziah Nawi.

Menerusi video berkenaan, stylist yang dikenali sebagai Pejoy Yahaya itu sedang mengemaskan sarungan tudung pada Fauziah sambil aktres berkenaan menelaah skrip.

Sungguhpun ia terlihat biasa, namun, lain pula ceritanya pada mata netizen.

@pejoyyahaya Reply to @ubaishahrn jawapan untuk penceramahan isu ini #fyp #fypシ #xybca #fypppppppppppppp ♬ original sound - pejoyyahaya?

Seorang pengguna TikTok menulis meninggalkan komen yang berbunyi: “Lebih baik ibu (panggilan mesra Fauziah Nawi) pakai sendiri sebab dah biasa pakai kan. Maaf kan saya andai saya salah,” tulisnya.

Kemudian, seorang lagi netizen bersuara: “Yup betul saya tak pertikaikan niat cik. Cuma saya tegur batasan dan cara tu. Matlamat tak halalkan cara. Semoga sentiasa murah rezeki. Amin,” luahnya.

Pejoy kemudian memuat naik video yang menampilkan respons Fauziah mengenai hal berkenaan. Fauziah meminta supaya tidak menyalahkan stylist dan juga make-up artist memandangkan itu merupakan tugas mereka.

Selain itu, kerja-kerja yang melibatkan penggayaan dan solekan untuk drama selalunya melibatkan tenaga kerja lelaki.

“Assalamualaikum, saya Fauziah Nawi dalam cerita Nenda ini dan stylist kita adalah Pejoy. Pejoy adalah lelaki. Azri 1976 juga lelaki, make-up artist.

“Dah mereka yang dapat job ni, saya ni sebagai pelakon tak boleh nak cakap apalah. Maksudnya di sini, walaupun mereka lelaki, mereka tahu adab. Dah tersentuh tu nak buat macam mana.

“Saya minta maaf pada semua orang janganlah marah kami. Sebab stylist dan make-up artist ni biasanya lelaki. Jarang dapat perempuanlah kan? Tak tahulah nak cakap apa minta maaflah kalau itu menyinggung perasaan semua orang. Saya minta maaf,” katanya ringkas.