Laman Utama

Suami Dedah Punca Kematian Sridevi, Primadona Bollywood Selalu Pengsan Kelaparan

gempak
Maliah Surip
04/10/2023
15:42 MYT
Sponsor Banner
Suami Dedah Punca Kematian Sridevi, Primadona Bollywood Selalu Pengsan Kelaparan
Selepas beberapa tahun mendiamkan diri dan langsung tidak membalas spekulasi kematian isterinya, Sridevi, Boney Kapoor akhirnya mendedahkan punca kematian primadona Bollywood tersebut.
Sridevi meninggal dunia pada usia 54 tahun, 24 Februari 2018 di Dubai. Bintang filem Nagina yang pergi ke Dubai bersama suami dan anak perempuannya untuk meraikan majlis keluarga ditemui sudah tidak bernyawa kerana lemas di dalam tab mandi.
Menurut Boney, kisah di sebalik kematian wanita yang menjadi pujaan peminat itu sangat tragis.
Boney mengatakan Sridevi meninggal dunia sewaktu melakukan crash diet. Crash Diet dikenali sebagai diet drastik dengan mengambil jumlah kalori yang sangat sedikit.
Tanpa berselindung, Boney juga mendedahkan Sridevi kerap pengsan dan kelaparan hanya kerana mahu kekal kelihatan langsing dan cantik, sejak awal perkahwinan mereka.
“Sridevi selalu kelaparan untuk kelihatan cantik. Dia mahu memastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna (tubuh) jadi apabila muncul di layar kaca dirinya kelihatan cantik.
“Sejak awal kami berkahwin, dia kerap pengsan dan doktor mengesahkan dirinya mengalami masalah darah rendah,” kata Boney kepada New Indian.
Penerbit dan pengarah berusia 67 tahun itu juga mendedahkan kematian Sridevi bukan kematian semula jadi tetapi sebuah kemalangan.
“Saya memutuskan untuk tidak bercakap mengenainya kerana telah disoal siasat sehingga 48 jam. Saya juga melalui pelbagai ujian termasuk ujian penipuan,” katanya mengenai tindakan berdiam diri beberapa tahun sebelum ini.
Sridevi memulakan karier seninya pada usia empat tahun sebelum menjadi salah seorang aktres paling berpengaruh di India.
Pada 2013, kerajaan India menobatkannya dengan anugerah Padma Shri - anugerah keempat tertinggi yang diberi kepada orang awam di India.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live