Laman Utama

Suami Lana Nodin Main Bola Tampar Wakil Sabah, Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir - “Bekas Player Olimpik USA, Power..”

Azwa Rahman
13/03/2022
04:06 MYT
Pelakon Lana Nodin menyeru orang ramai untuk memberikan sokongan terhadal suaminya, Mohd Daud McKienzie yang menyertai Liga Bola Tampar Malaysia mewakili negeri Sabah.
Menerusi laman sosial Instagram, Lana berkongsi foto suaminya ketika beraksi menentang pasukan Putrajaya pada malam tadi.
“Jom support tengok volleyball live di Astro Arena 801 sekarang. My hubby @david_mckienzie bermain untuk pasukan Sabah,” tulis Lana di ruangan kapsyen.
Menerusi platform TikTok pula, seorang pengguna berkongsi aksi hebat Daud di siaran langsung perlawanan bola tampar pada malam tadi.
Daud yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat di sukan Olimpik mempamerkan persembahan yang cemerlang yang menyaksikan mereka menewaskan pasukan Putrajaya untuk menempah tiket ke perlawanan akhir menentang Selangor pada malam ini.
@authree_garaje Servis Power dari laki #lananordin #daudmckienzie Malaysia Volleyball League #mlv #fyp #foryourpage #mlv #volleyball ♬ bunyi asal - AUthree_Garaje
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sangat kagum melihat servis hantaran bola yang dilakukan Daud cukup bertenaga.
@rahizakrashid:Bekas player olimpik usa, maunya tak power.”
@Khai:level Olimpik. bukan wakil Rawang. Memang lain macam.”
@L:patut la macam pernah nampak.. Rupanya betul la tu suami Lana Nordin.”
@BUNGA:Lah baru tahu suami Lana player.”
@dDhH.36:Olympic silver medalist bah tu. Bukan kaleng-kaleng.”
@TeamXPlayer3:Olimpic tu bro, walau dia berumur bisa tetap ada.”
@Naz Nasir:Level lain dah si daud ni. Kalah dia betul-betul fit memang open spike meletup-letup wei.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 135,000 tontonan daripada warga TikTok.
Sekadar info, Lana berkahwin dengan Daud pada 15 Mei 2015.
Pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata, Gia Quinn McKienzie yang berusia 6 tahun dan William, 3 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kami Sayang Coach Kami” - Pasukan Bola Tampar Pertahan Jurulatih Selepas Insiden Dilempang Viral?

gempak
03/01/2023
07:20 MYT
Kenyataan daripada pasukan bola tampar
Laman Utama

Tewas, Jurulatih Lempang 2 Pemain Bola Tampar Perempuan Bawah 14 Tahun Tular

gempak
01/01/2023
15:45 MYT
Apa cerita ni?
Laman Utama

Neelofa Gendong Bilal, Suami Lana Nodin Wakil Sabah - Ini 5 Story Hangat Hari Ahad!

gempak
13/03/2022
11:16 MYT
Happy weekend guys.
Laman Utama

#OhAbeNik: Toksiknya! Orang Sibuk Sokong Atlet, Masih Ada Duk Kalut Kritik Outfit Seksi

gempak
31/07/2021
11:45 MYT
Serba-serbi tak kena!
Hiburan

Servis Bola Pakai Skirt Labuh, Alih-Alih Tangan Rita Rudaini Pula Lebam Gara-Gara Main Bola Tampar

gempak
14/02/2019
07:18 MYT