Pengusaha kosmetik, Datuk Aliff Syukri dilihat meluahkan rasa marah kepada pengarah dan pelakon, Michael Ang yang menyifatkan dirinya sebagai individu yang sanggup mengeluarkan wang semata-mata mahu bergelar penyanyi.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Aliff berkata, dia berasa kecewa dan sedih apabila Michael turut mempertikaikan suara serta kualiti lagunya yang disifatkan tidak layak untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


“Kutuk aku punya suara daripada dulu, aku tak tahu apa masalah kau. Sebab kau kata suara aku gedik, tak berbaloi nak naik atas pentaslah naik AJL. Kau Tuhan ke nak kata aku tak boleh menang AJL? Kalau aku buat lagu menang kau nak kata apa?

“Jangan nak kutuk suara aku. Suara aku dah melahirkan lagu-lagu trending yang disukaii rakyat Malaysia. Aku pantang orang hina bakat aku. Sekali aku sabar, dua kali? Jangan kau pandai-pandai nak kutuk aku. Suara kau lagu kau entah ke mana dah… ke laut. Itu semua auto-tune,” katanya dalam nada marah.

Aliff juga mengakui yang dia enggan bergaduh dengan orang. Namun, kesabarannya diuji apabila dia sering dihina.

“Suara aku original. Suara kau? Sedih… Aku malas nak cari gaduh dengan orang. Aku nak jadi baik, tapi orang suka menghina, mencabar aku. Sebab itu aku balas balik. Kalau aku lepas ni buat lagu, kau tengok lagu siapa lagi meletop,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberi cadangan supaya Aliff menerbitkan lagu baharu dan melihat lagu siapa yang terbaik.

“Macam ni la, Datuk buat jela single baru nanti baru kitorang judge cemana pergi dia,” tulis seorang peminat.

Ada juga yang mencadangkan supaya Aliff berduet dengan Michael supaya peminat dapat menghakimi lagu siapa yang lebih bagus.

“Datuk duet je la Michael so kita boleh tahu siapa hebat,” ujarnya.

Terdahulu, Michael berkata yang dia tidak dibayar untuk menyanyikan lagu seperti Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida. Michael turut berkata yang dia tidak tergedik-gedik untuk bergelar penyanyi.

Michael Ang baru sahaja memasarkan single pertama nyanyiannya berjudul Cinta Atau Propa. Lagu tersebut menerima kritikan bukan sahaja dalam kalangan netizen, malam selebriti.